Berehat Sebentar Bersama

Monday, May 14, 2012

SMECC LAPIS PUDING OAT



Salam..

Kali ni mama Ipan tunaikan janji buat tutorial bergambar utk buat SMECC Lapis Rolled Oat!!

Idea ni tetiba kuar inspirasi dari kek hebat Rahel Si Cantik Manis..

Lapis puding oat mama Ipan ambil dari dapur mama Maryam..

Tara...





Sangat sedap..Maveles dewa dikala mama sengal uolsss,,



Mama guna organic sugar..
( Saja sebab kembar akan ikut makan)

Sebelum mama mula kelas, mama tunjuk hasil lepas mama kukus kek..
( Naikkan semangat!!!)



Mula2...mama sumbat bahan rolled oat dlm blender..

( ni utk buat lapis puding oat di tengah2 kek ya..)


3 biji telur gred A
2 cawan susu (fresh milk kalau dah 1y+, or susu formula or ebm)
1 cawan rolled oat ( mama blend halus dulu)

buah-buah pilihan untuk rasa manis
Mama Ipan guna Pisang 4 biji..
( mama + 1/4 gula perang..jika bby dibawah 2 tahun tidak perlu pon tidak apa..)




Blendkan saja ya..


Untuk buat lapis kek warna coklat tu, mama ambil resepi dari dapur Kak Dayang..
( Pengasas SMECC yg hebat!!!!)
Makasih kak Dayang!! Muah...


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE





Bahan-bahan : loyang bulat 6"/7"


·                     1 cawan tepung gandum (*akak guna superfine flour)
·                     1 sudu kecil baking powder
·                     1/2 sudu kecil soda bikarbonat
·                     1/2 cawan serbuk koko (*akak guna Van Houten)
·                     2 sudu besar susu tepung
·                     1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
·                     1 cawan gula perang (*akak kurangkan sikit)
·                     1 sudu kecil esen vanilla
·                     1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
·                     secubit garam
·                     1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (*akak guna minyak jagung)
·                     1 sudu kecil cuka atau jus lemon (*akak guna jus lemon)

Cara-cara :

1.                   Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

2.            Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3.            Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4.            Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5.            Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6.            Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Untuk Momi tengok step by step, mama dah tunjuk secara tutorial pada N3 yg lalu...Sila Klik Sini..

Resepi di atas asalnya dibakar, tapi mama kukus sebab dandangan dah sedia terbuka ..

Mama Ipan ikut step Rahel bahagikan aduan kepada 2 bahagian..

Kukus dulu bahagian pertama selama 15 minit..


* abaikan dandangan mama yg 'bersih' lepas stim puree..


Bila lapis coklat dah dikukus 15 minit, tuang semua rolled oat yg kita mix dan blanderkan tadi


Kukus lagi 15 minit..


Bila dah masak bahagian oat, mama ratakan blueberry pie filling..
( Kalo tidak mahu tidak apa, just tabur buah yg anda mahu..)


Tuangkan lagi lebihan adunan coklat tadi..


Kukus lagi 15 minit..

Siap!!!



Mama buat 2 kek thiz time..
1 kek SMECC lapis Chez..1 lagi inovatif mama yg baru..SMECC lapis Rolled Oat..



Mama hias guna fresh Cream..
Abaikan hiasan mama yg cincai..
( Ni org buat kek asal jadi...>.<  )


Twin bangun tido terus masuk dapur..
Terpaksa mama potong di morning hari..


Pagi Makan rolled oat dulu..




Ni rupa SMECC Rolled Oat dari dekat..
Memang betul2 hebat!!!!
Tidak sia-sia mama sengal uols..Siap 2 biji kek sebab menahan amarah..Gaum..Gaum..


Dibawah ni pulak mama ambil gambar secara dekat dgn kamera buruk mama yg sengan mati hidup tak mahu..Aik.!!!Betul ka tu???







Selamat mencuba dan Selamat Menyambut Hari Guru!!


1 comment:

  1. wah kak fara, maveles la...mesti cuba ni....oopppsss sblm terlambat "selamat hari guru" utk kak fara....guru saya d dapur :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...