Salam...
Kali ni mau share buat kek betul2 budget tahap dewa..ho..ho...
Dan paling penting,,,SEDAP & MAVELES....
Nie resepi dapat dari blog ummizaihadi
makasih bebyk sbb kongsi resepi yg sedap ini..
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Resepi: Dayangjack @ Dapurku Sayang
Sumber: Azlita @ Masam Manis
Bahan-bahan : loyang bulat 6"/7"
·
1 cawan tepung gandum
·
1 sudu kecil baking powder
·
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
·
1/2 cawan serbuk koko
·
2 sudu besar susu tepung
·
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
·
1 cawan gula perang
·
1 sudu kecil esen vanilla
·
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate
emulco
·
secubit garam
·
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak
jagung
·
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
1.
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang
kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda
bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam
dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila
dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan
adunan tidak berketul.
4.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus
dikacau serta merta sehingga sebati.
5.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar
selama 30-40 minit atau hingga masak.
6.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga
dihiaskan dengan topping kegemaran.
Topping/Chocolate
Ganache (Jimat, Mudah Dan Sedap)
Resepi: Maklang Azie
Sumber: Azlita @ Masam Manis
Bahan:- (*untuk kek di atas - akak buat half dr
bahan topping dibawah)
·
1/2 cwn serbuk koko
·
1 cwn gula
·
2 1/2 cwn air (boleh ganti fm)
·
1/2 cwn tpg jagung
·
2 sudu besar majerin/ butter
Masuk semua bahan ke dalam bekas dan masakkan
atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila nampak telah
pekat sikit, tutup api dan sejukkan sebentar. Sapu terus disekeliling kek. Hias
ikut kreativiti masing2.
Ini hasil dari sisi..he..he..
sumbat jak semua bahan 2 kering..
Gaulkan..
Tambah semua bahan2 basah..
sedia untuk dibakar...
Nie la dia 'Ganache' yg sedap tu...campurkan jak semua bahan mcm dlm resepi....
Ikut jak arahan empunya resepi..
Ikut jak arahan empunya resepi..
Rupa Ganache yg siap..
Tara...Biarpun aku x pandai menghias..yang penting sedap di makan..ha..ha..
(memang budget betul ba...Habis biskut kembar jadi hiasan tepi kek)
ho..ho...
Nanti mama beli lagi ya..
ho..ho...
Nanti mama beli lagi ya..
No comments:
Post a Comment