Berehat Sebentar Bersama

Friday, March 29, 2013

Blanded Kek Pisang Konpom Jadik!!


Salam manis..Memandangkan Ipan request mau makan kek dan rezeki Hubby bawa pisang dari kebun semalam, so mama buatkan lah permintaan Ipan yang mau makan kek..Pisang yang bapa Ipan bawa Pisang Raja  saja, mama hantam jak guna pisang yang ada..Tq buat kawanku yang baik hati Hajah Saimah kerana berkongsi resepi konpom jadi ni disamping sangat mudah  kerana semua bahan disumbat jak dalam blander..Ho..Ho..


Oh My Kek!!!
Very d Gebus...Dan Paling Best sangat Cantik warna yg timbul..


Bahan - bahan :


  • 4 biji Pisang
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 tbs baking powder..
  • 1tbs soda bicarbonate
Mula-mula blenderkan bahan basah seperti minyak, telur, pisang dan gula. Lepas tu masukkan lagi dalam blander tepung dan baking powder..
Blend saja semua bahan di atas menggunakan blender yang ada dirumah..Dalam 2 minit hingga ia sebati..Tuangkan ke dalam loyang dan sedia untuk dibakar mahupun dikukus...

Selamat Mencuba!!!!


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...