Salam manis kepada semua..ekceli sekarang mama memang susah sangat mau up datekan blog ni sebab satu maid mama berhenti..memang kepenatan tahap gaban setiap hari..Dengan bangun seawal jan 4.30 pagi menyediakan semua keperluan anak dan cuci baju..Sambil masak bekpes dan bekal anak ke sekolah..Dengan kepenatan di sekolah jangan sebut..Ada tahap berjalan pon kepala mama mereng sebelah sebab lampau penat..He....he...
So kali ni mau share buat begedil yang mama buat simple. ..Begedil ayam dan lobak..Rasa lobak memang tersembunyi pada begedil ini..Sesuai untuk anak yang kurang makan sayuran..Dulu belajar buat begedil asas dari Farah Rahim melalui blog YokMakannya . Terima kasih sbb sudi kongsi cara buat begedil yang best ini
Resepi ini boleh diberikan seawal 10 bulan sebab ada pengunaan ayam dan kentang..
Bahan- bahan :
* isi ayam yang telah direbus dan dicarikan
* lobak disangat halus
* daun sup
Kunyit ,bawang putih ,merah, halia jintan manis dan ketumbar disediakan..
Kentang yang mama potong wages dan gorengkan..
Bahan2 bawang dan halia serta kunyit mama tumbuk bersama ketumbar dan jintan manis..
masukkan garam ( 2 tahun ke atas ) sebagai perasa dan kentang digoreng pon kita tumbuk bersama..
* mama tumbuk masa kentang masih panas agar cepat proses menumbuk dan membentukkan begedil..
Lepas semua kentang ditumbuk, masukkan segala isi ayam dan parutan lobak ..Ops..tambah sedikit tepung gandum untuk ia senang dibentuk..
Bentukkan
Begedil dimasak dengan meyalutkan telur sebelum ia digoreng..
Tara..separuh kembar makan macam tu saja..
Separuh lagi ditambah dlm juadah petang iaitu soto ayam..
Anak2 yg berselera makan..Eiman sampai tambah 2 kali!!!!
Semua orang sibuk makan..mama?? kenyang masa memasak...
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment