Berehat Sebentar Bersama

Tuesday, March 12, 2013

Kue Gulung Peberet

Salam pagi..Alhamdullilah, kesihatan ada baik sikit dari dulu..So, mama request nenek Ipan buatkan mama kue gulung..Kue ni kue peberet kami adik beradik termasuk anak kembar ku Eiman..Kue yang nenek Ipan buat sepanjang 20 tahun membesarkan kesemua kami adik beradik..Kue yang membayar semua pengajian kami di Universiti..Kue yang memang maveles..




Tara...
Sedap ketika makan time panas-panas..


Mula-mula dadarkan telur dan cincangkan..Bilangan telur ikut berapa byk inti yang anda mahu..biasanya kami buat 6 biji utk 1/2 kg tepung ..


Sediakan kari yang ditambah cili boh..Letakkan air panas agar kari tadi sekejap masaknya..


Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah yang ditumbuk halus..
bila sudah naik bau, masukkan bancuhan kari dan tunggu ia 'pecah minyak'..
Masukkan telur dadar yang dicincang tadi dan mix veg jika suka..
Untuk menyedapkan rasa inti, sila tambah gula dan garam..


Menunggu kari pecah minyak..


Inti yang sedap telah disediakan..


 Ini pula kita mau sediakan doh..Sama macam buat doh donut, cuma ia lembut sikit sbb ditambah sedikit minyak masak ketika menguli..Mula-mula sediakan 1 pek kecil yis yang direndam dalam air suam bersama sedikit gula dan garam..Biarkan hingga ia mengembang..


Sediakan tepung dalam 1/2 kg, masukkan sedikit planta @ margerin.., yis yang telah dikembangkan dan sikit jak air..Masa menguli, masukkan minyak makan utk melembutkan doh..





Doh agak lembut sikit dari doh donut..


Ambil sejemput, lebarkan guna jari dan inti diisi seolah membuat popiah..'Gamkan' menggunakan putih telur..


Sedia untuk dimasak bila telah kembang sikit..


Goreng..


Sanggat sedap dijadikan juadah pagi ataupun petang..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...