Berehat Sebentar Bersama

Friday, March 29, 2013

Blanded Kek Pisang Konpom Jadik!!


Salam manis..Memandangkan Ipan request mau makan kek dan rezeki Hubby bawa pisang dari kebun semalam, so mama buatkan lah permintaan Ipan yang mau makan kek..Pisang yang bapa Ipan bawa Pisang Raja  saja, mama hantam jak guna pisang yang ada..Tq buat kawanku yang baik hati Hajah Saimah kerana berkongsi resepi konpom jadi ni disamping sangat mudah  kerana semua bahan disumbat jak dalam blander..Ho..Ho..


Oh My Kek!!!
Very d Gebus...Dan Paling Best sangat Cantik warna yg timbul..


Bahan - bahan :


  • 4 biji Pisang
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 tbs baking powder..
  • 1tbs soda bicarbonate
Mula-mula blenderkan bahan basah seperti minyak, telur, pisang dan gula. Lepas tu masukkan lagi dalam blander tepung dan baking powder..
Blend saja semua bahan di atas menggunakan blender yang ada dirumah..Dalam 2 minit hingga ia sebati..Tuangkan ke dalam loyang dan sedia untuk dibakar mahupun dikukus...

Selamat Mencuba!!!!


Wednesday, March 27, 2013

Persediaan Homeschooling Kembarku..


Salam manis..Ops..tidak terasa sudah hari sudah masuk hari ke 5 mama jadi suri rumah..Masak pon simple sebab mengelak dari berdiri lama..So cuti mama hanya sibuk buat ABM untuk homeschooling yang mama rancangkan..Sediakan subject yang perlu mama ajarkan..Sediakan alat bantuan dan mainan yang berkaitan..Memang penat dan hampir putus asa ba..Tapi bila ingat anak2 perlukan persediaan awal ni, so mama terpaksa juga kuatkan hati..Hanya 15 minit sehari !!!


Ni flash card yang mama kategorikan ikut subject..
Bingkaikan ikut warna, ikut tema 2D dan 3D..


Buku KALAM yang mama laminatekan..Ni mesti ajar hari2 ..
So anak2 bukan setakat menghafal mcm tu saja, mereka akan mengecam biarpon ia dilakukan secara rambang..Ia memastikan anak2 ada pengukuhan yang kuat sebelum mama masuk ke tahap membaca suku kata dan asas..

Pada masa ni hanya Wiwin MANJA yang khatam dengan cemerlang KALAM 1 ni..
Wah..satu pencapaian yg mama banggakan untuk umur 2 tahun +++..
Eirfan dan Eiman perlukan mama kerja keras sikit lagi..


Flash card mengikut abjad yang mama compilekan..Dalam satu huruf purata terdapat 5-6 perkataan yang bermula dari huruf yang sama..


Bila bosan, mama akan bagi stickerbook untuk durg lekatkan..
Ni FOC dari dutchlady..Dalam homechooling konsepnya kita perlu selitkan dengan benda yang mereka suka..Tiada tekanan untuk kanak2..( Tapi mama yg tekanan okey...)


Tidak lupa mama memang sediakan pengenalan huruf Jawi..
Sambil kenal sambil mewarna..
Ni part yang memang semua suka..Sambil warna mereka semua akan sebut huruf yang mereka warna..
Good Job My Sons..


Ni buku Vocab dari Qdees Eirfan tahun lalu..Mama laminatekan dan compilekan sekali..
Ni antara kesukaan Eiman..


Ekceli flash card ni mama beli murah saja..Rm1.90 untuk sepek..
mama beli tempat CD dan masukkan ikut tema..
Dan langkah akhir mama selotapekan dan ikat guna tali hijau tu..


Maths Subject..
mama rancang mau ajar secara montensori skills..
Selain tu Eiman dan Manja suka baca Big Book yang mama beli masa di KK hari tu..

Subject Lain??
Dalam rancangan mama mau buat sains, Muzik , Mandi Manda , Memasak , Seni Visual..

Wish me Luck..Jika sesiapa ingin meninggal komen untuk mama jadikan rujukan, mama sangat alukan..

Friday, March 22, 2013

Homemade Kue Kacang Hijau Frozen

Salam Jumaat..Salam manis kepada semua..Tidak terasa hari ni last sudah sekolah..Besuk sudah cuti sekolah lagi..Hape Dapy..Sko..Bido..Bido...Oleh kerana nenek Ipan last day di Tawau hari ni, jadi kami kerja keras buat kue frozen lagi untuk bekalan bila diperlukan..Kali ni kami buat kue kacang hijau frozen..Satu kue yang senang dibuat dan senang dimakan..he...he...



Masa ni mama cuma rebus 1/2 kg kacang hijau..Ni pon kira banyak gilak sudah..
Masa merebus tu letakkan sedikit garam..Bila dekat2 mau masak, letakkan gula..
Apabila kacang hijau empuk, tumbuk ketika panas dan biarkan ia sejuk sendiri dulu..


Letakkan kelapa parut..


 Letakkan sedikit tepung gandum supaya senang dibentuk..
Sukatan??? Main agak2 saja..Tapi jangan pulak byk tepungnya, nanti tidak sedap pulak..



Dibentukkan  leper2 ..



Digoreng menggunakan tepung seperti mengoreng pisang..
Namun prosedure frozen tidak perlu goreng lama..Sekejap jak ya..


Disejukkan dan ready untuk difrozenkan seperti biasa..
Bila mau makan, anda cuma perlu defros dan goreng sehingga kekuningan..

Selamat mencuba!!!

Wednesday, March 20, 2013

Homemade Frozen Karipap

Salam manis kepada semua..Sementara nenek Ipan masih berada di sini, mama request buat karipap untuk mama frozenkan..Kira memudahkan kerja mama bila bapa Ipan dan anak-anak mau makan, mama cuma tinggal defros dan goreng..



Tara..
Resepi ni sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas..


Mula2 mama tumis bawang merah dan putih yang ditumbuk halus..Lepas tu mama masukkan isi ayam yang dipotong kecil..Bila sudah naik bau, masukan kari yang telah digaul bersama air panas..


Tunggu kari ni pecah minyak, barulah dimasukkan kentang yang dipotong dadu..


Mama masukkan lagi sedikit mix veg..Masukkan sedikit air masak dan tambahlah garam dan gula sebagai penambah rasa..Masaklah hingga kentang menjadi empuk..


Inti karipap yang siap dimasak.


Ni pulak mama buat doh karipap..Masa ni mama buat 1/2 kg tepung gandum, sedikit margerin dan air garam untuk melembutkan doh..

Mama kepul-kepulkan dulu..Bila semua doh habis dikepulkan, leperkan sedikit dan masukkan dalam mesin penggiling ..Entah apa nama gajah putih mama ni..macam Pasta Mesin kalau tidak silap..Murah jak ni..Mama beli lama sudah..Macam Rm37 saja..Di Gudang Esbok..Ho..ho..


Masa dimasukkan dalam pasta mesin..


Wiwin Manja yang sedia 'membantu'..


Kuarnya akan jadi macam ni..


Masukkan ke dalam acuan karipap dan isikan inti tadi..


Ipan tolong mama buat karipap frozen..Satu kaedah montensori yg diprktiskan dalam rumah..He..he..


Tara..Siap karipap mentah..



Ni muka karipap yang mama masakkan sekejap saja untuk tujuan pemfrozenan..
Masukkan lah ia ke dalam frezer anda..
So nanti bila mau makan kita akan goreng ia sehingga masak..



Stok karipap yang sedia disejukbekukan sebagai KARIPAP FROZEN!!!

Selamat mencuba!!!!

Tuesday, March 19, 2013

Frozen Kue Ubi Goreng @ Getuk Ubi Goreng

Salam manis..Dalam mama bingung-bingung...mama buat kue frozen untuk bekalan anak-anak bila perlu..So mama minta nenek Ipan buatkan mama kue ubi goreng ..Memandangkan dirumah ada bekalan ubi kayu dari kebun, ni adalah paling senang mau dikerjain..ho..ho...



Mula-mula rebus ubi kayu bersama sedikit garam sehingga ia empuk..Tumbuk time masih panas agar memudahkan kerja menumbuk..Lepas tu letakkan sedikit gula dan kelapa yang telah diparut..
Sukatan??? Ikut sedap mulut..sambil tumbuk, sambil rasa..he..he..

Resepi ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas..


Lempengkan cumil-cumil..



Sediakan bancuhan tepung untuk mengoreng..Mama punya bancuhan cuma perlu tepung gandum, sedikit margerin dan garam & air..


Ni cara mau mengoreng kue tu..guna saja sudu mengaut nasi..Goreng seperti biasa namun jangan terlalu gering..


Kue getuk ubi yang digoreng sekejap sahaja untuk tujuan pemfrozenan..Eh..betulkah penggunaan ayatku tu ya???



Masukkan dalam bekas untuk difrozenkan..Nanti anda cuma perlu goreng hingga kekuningan bila rasa mau makan..Ia mudah , jimat kos, bersih , berkhasiat dan sangat sesuai untuk ibu yang berkerja macam mama ni..Bila-bila masa ia boleh digoreng..

Berapa lama ia tahan?? Kue frozen biasanya macam kita frozenkan puree..Dalam 3 bulan dengan suhu frezer yang bekulah..

Selamat mencuba..



Monday, March 18, 2013

Berhentikan Kembarku Sekolah??? HomeSchooling ??

Salam..2 minggu ni memang sesak fikiran bila keadaan tidak mengizinkan mama meneruskan persekolahan anak-anak mama..Jika Eirfan saja disekolahkan, mesti Eiman menangis sebab dia yang paling suka ke sekolah..Memang saya akan rugi sebab dah terbayar fee awal tahun lebih 4k..Ems..Dalam keadaan tahun ni mama selalu sakit dan tidak mampu memanjat tangga tadika yang berada di atas rumah kedai..Selalu ke kk tanpa cuti sekolah satu kerugian paling besar..fee tetap jalan macam biasa..sebulan dalam RM800+++..Adeh..boleh bayar ccm kereta tu..

Alternatif???? Homeschooling...Mampukah aku ni??? Ilmu terlampau sikit..Dengan keadaan kesihatan tidak berapa baik..dan paling teruk...Hubby konpom2 tidak support kalo bab menghambur rumah..Ni buat aku pening..



Ni gambar kembar di sekolah...Tengok gambar ni buat hati mama pilu mau berhentikan mereka.. :(

Sesiapa yang boleh bantu berikan link mana-mana blog yang share pasal homeschooling, boleh tinggalkan komen??? TQ in Advance ya....

Tuesday, March 12, 2013

Kue Gulung Peberet

Salam pagi..Alhamdullilah, kesihatan ada baik sikit dari dulu..So, mama request nenek Ipan buatkan mama kue gulung..Kue ni kue peberet kami adik beradik termasuk anak kembar ku Eiman..Kue yang nenek Ipan buat sepanjang 20 tahun membesarkan kesemua kami adik beradik..Kue yang membayar semua pengajian kami di Universiti..Kue yang memang maveles..




Tara...
Sedap ketika makan time panas-panas..


Mula-mula dadarkan telur dan cincangkan..Bilangan telur ikut berapa byk inti yang anda mahu..biasanya kami buat 6 biji utk 1/2 kg tepung ..


Sediakan kari yang ditambah cili boh..Letakkan air panas agar kari tadi sekejap masaknya..


Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah yang ditumbuk halus..
bila sudah naik bau, masukkan bancuhan kari dan tunggu ia 'pecah minyak'..
Masukkan telur dadar yang dicincang tadi dan mix veg jika suka..
Untuk menyedapkan rasa inti, sila tambah gula dan garam..


Menunggu kari pecah minyak..


Inti yang sedap telah disediakan..


 Ini pula kita mau sediakan doh..Sama macam buat doh donut, cuma ia lembut sikit sbb ditambah sedikit minyak masak ketika menguli..Mula-mula sediakan 1 pek kecil yis yang direndam dalam air suam bersama sedikit gula dan garam..Biarkan hingga ia mengembang..


Sediakan tepung dalam 1/2 kg, masukkan sedikit planta @ margerin.., yis yang telah dikembangkan dan sikit jak air..Masa menguli, masukkan minyak makan utk melembutkan doh..





Doh agak lembut sikit dari doh donut..


Ambil sejemput, lebarkan guna jari dan inti diisi seolah membuat popiah..'Gamkan' menggunakan putih telur..


Sedia untuk dimasak bila telah kembang sikit..


Goreng..


Sanggat sedap dijadikan juadah pagi ataupun petang..

Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...