Berehat Sebentar Bersama

Monday, July 30, 2012

Bawang Goreng Ranggup


Salam Ramadan ke 10..Kali ni mama saja mau share petua mendapatkan bawang goreng yang rangup biarpun telah lama kita goreng..Ni N3 tetiba ada peluang mau share bila kemarin mama buat SOTO yg direquest oleh bapa si kembar..Semestinya bawang goreng antara penyedap utama dalam soto kan..Jika mahu beli mama dan keluarga memang tidak suka sebab rasa bawang yg tidak segar disamping kebersihannya yg mama ragui..he..he...


Mula2 kita kupas bawang , cuci bersih dan hiriskan bawang secara nipis..
Oleh kerana mama malas menghiris, mama guna saja penghiris bawang iaitu satu gadget kesayangan mama ..Harga??? Jangan tanya lah..mahal banget..RM10.00 satu..Ho..Ho..


Santik kah???


Lepas tu kita letak tepung serbaguna @ tepung gandum..
Kita remas-remas semua bawang  dengan tepung tersebut..Jangan pula kasar ya..nanti habis patah semua bawang..

Selepas itu, bawang sedia kita goreng sehingga kekuningan..


Tara...
Bawang goreng yg rangup dan mantop sedia utk anda gunakan... Dan jika banyak bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara agar memudahkan anda utk penggunaan dimasa akan datang..

Selamat Mencuba..

Sunday, July 29, 2012

Puding Biskut Marie


Salam Ramadhan ke 8..Salam manis kepada semua..Mama kali ni mau share satu resepi yg mama cedok dari Rahel..Terima Kasih Rahel kerana sudi berkongsi resepi yg simple tapi tetap mantop...Jika ingin mencuba resepi ini, pastikan anak anda berumur 2 tahun ke atas sebab ada penggunaan biskut marie..

Tara...

  
Sangat sedap dihidang sebagai pencuci mulut dan yang paling best bila ditambah bersama buah campur..

 Mula2 sediakan...
* beberapa keping biskut marie,
* gula 1/2 cawan ( mama replace dengan organic raw cane sugar )
*4 sudu besar tepung kastard ( mama replace tepung jagung sbb tepung kastard mengandungi coloring yg tidak baik utk kesihatan anak2 mama yg ada ekzema) (jika ingin guna tepung jagung kurangkan kepada 2 1/2 sudu sahaja)
*3 cawan santan ( mama replace guna susu segar )
*2 sudu susu pekat manis ( mama tidak letak pun sbb sudah manis ni)
*1 biji telur
* 1-2 titis esen vanilla jika mahu



Mula2 kita blend biskut marie dan 1 cwn susu, telur sehingga halus


Tuang selebih susu ( 2 cwn ), tepung jagung yg dicairkan dulu guna sedikit air agar tidak berketul, dan susu pekat jika mahu..


Masukkan Olivenol Essense

( Ni supplement utk sakit kaki mama dan ekzema kembar )


Tanakkan sehingga ia pekat..
Jika anda menggunakan tepung kastard, warna kekuningan dan bau yg enak akan terhasil..
Namun jika anda menggunakan tepung jagung, warna kecoklatan akan terhasil seperti dalam gambar ini..


Tuangkan ke bekas acuan yg anda ada..
Ni adalah bekas aiskrim nenek kembar dulu-dulu..Sangat nostalgia design acuan ni ba kan..


Sejukkan..



Hias bersama buah campur..Ni mama sengaja letak fresh cream utk kembar eksited bila makan nanti..

Selamat mencuba..

Wednesday, July 25, 2012

Ayam Masak Tomat Hijau


Salam Ramadan ke 5..Alhamdulillah kita telah mengharungi 4 hari berpuasa pada tahun ini..Juadah sederhana untuk berbuka puasa hari ini mama ingin kongsikan ialah Ayam Masak Tomat Hijo..Apa yg specil betul dalam hidangan kali ni, mama campurkan sedikit Olivenol Essense dalam hidangan untuk memberikan khasiat buah zaitun asli yg membantu anak-anak mama yg ada ekzema sekaligus sebagai supplement utk sakit kaki mama ni..Resepi ini sesuai untuk anak 1 tahun ke atas, namun penggunaan gula dan garam diabaikan jika ingin memberikan satu kelainan pada resepi pada anak anda..

Tara....


Percubaan memasak menggunakan sepenuhnya tomato hijau memberikan satu kelainan pada menu ini..
Namun, ia tetap sedap bah..


Mula-mula mama sediakan isi ayam yg mama goreng sedia
 ( Jangan digoreng terlalu garing )
* ayam mama perap bersama kunyit, bwg putih & merah , halia yg ditumbuk halus sebelum menggoreng*

Tomato Hijau yg Cumil2 mama bersihkan dan belah dua untuk memudahkan blend nanti.
Sedikit lobak yg belah halus dan tomato merah sebiji yg dibelah empat..
Beberapa helai daun bawang dan bawang besar yg mama akan jadikan penyeri hidangan disamping mendapatkan aroma yg sedap secara semulajadi..


Ni Olivenol Essense yg akan mama gunakan dan disebelahnya itu tomato hijau yg siap mama blendkan bersama sedikit air masak..


Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bahan rempah bersama bawang putih yg ditumbuk halus..


Bila telah naik bau, tuangkan tomato yg diblender tadi dan tunggu ia naik minyak dan pekat sikit..

Masa ni bolehlah masukkan sedikit gula dan garam sebagai penambah rasa..


Masukkan lobak..


Masukkan ayam goreng, tomato merah yg dibelah 4, bawang besar yg dibelah 4 dan dikopek, dan terakhir sekali masukkan daun bawang yg dipotong sederhana..


Masukkan beberapa titisan olivenol kedalam masakan..


Sedia untuk dihidangkan bersama nasi sebagai hidangan yg berkhasiat untuk keluarga anda..

Selamat Mencuba..

Monday, July 23, 2012

Nasi Minyak Juniour

Salam Ramadan ke 3..Kali ni mama ingin abadikan menu anak2 utk Ramadan ke 2 kemarin..Nasi Minyak biasa, cuma penggunaan susu segar menggantikan susu sejat utk mereka yg masih kecil dan dibawah umur..he...he,,,,Hasil tetap sedap gitew...Jangan pulak momies sekalian derhakakan guna susu ibu sudahlah..hilang khasiat susu ibu pulak nanti..>.<


Tara..Ni muka dia before mama letak bawang goreng dan kismis..

( Boleh diberikan seawal 1 tahun ke atas sbb ada penggunaan susu segar )


Panaskan dahulu minyak sapi @ Ghee dan sedikit minyak jagung..
Mula2 mama tumiskan bahan2 rempah sekawan..


Masukkan bawang putih , merah dan halia yg mama tumbuk..


Bila sudah naik bau, mama masukkan 2 gelas susu segar, 4 gelas air masak sbb mama guna berasmathi sebanyak 3 cawan..Saja lembutkan nasi sbb kembar tidak mau makan kalo keras banget..


Masukkan simpulan daun pandan dan secubit garam JIKA BABY ANDA MELEBIHI 2 TAHUN ..
Last sekali masukkan beras yg mama dah bersihkan dan toskan..


Siap utk mama transferkan ke rice cooker dan tunggu lah hingga ia masak..

Nasi ini sedap dihidangkan dengan lauk berkuah..Kemarin mama masak Ayam Kurma..Tidak sempat mau ambil gambar sbb masa siap cukup2 utk berbuka puasa..Mana lagi kembar bergaduh atas meja makan..memang bz hanya melayan durg dari kita berbuka sendiri..Ho..Ho..

Apa2 pun, selamat mencuba..

Sunday, July 22, 2012

Sayur Campur Masak Lemak Juniour

Salam Ramadan Ke 2 pada tahun 2012....
Alhamdulilah..dimurahkan rezeki dan umur utk mama menyambut Ramadan pada tahun ini..Jika puasa tahun lalu kebanyakan N3 utk bubur kembar..kali ni kembar dah cecah umur 2 tahun 3 bulan..Wei...sudah bujang kembar mama ba..So N3 kebanyakan adalah masakan keluarga sbb kembar dah makan nasi sepenuhnya..Cuma Ikan Masin masih 'prohibited' dari juadah durg..So utk menggantikan ikan masin dalam sayur campur masak lemak ni, mama ganti ikan bilis..


Mula2, mama sediakan ikan bilis sebagai sapak utaman, labu, terung, carrots, kacang panjang dan sedikit sayur kobis..Syukur..90% bahan2 ni bapa kembar bawa dari kebun..Jimat mama dikala bulan kering dan kontang..he...he...


Ops..Momies sekalian tak mahu letak lada hijau yg besar ni tak apa..Ni stok di rumah tgh banyak, letak sikit utk mencantikkan sayur kembar..Tapi ni jenis tidak pedas..Pedas sikit pun tidak apa, darah 'JAWO' ada ikut bapa durg..Ho...Ho...



Mama tumis sekali bawang putih dan merah bersertakan bilis yg telah mama bersihkan..


Masukkan sayur kacang panjang dan carrots..Gaul2 kejap..
(Masa ni letak serbuk kunyit pun boleh..)


Masukkan labu yg dipotong dadu..


Masukkan terung dan letak sikit jak air masak utk melembutkan sayur -sayur ini..


Last sekali kita bolehlah meletakkan santan segar..
Ops..Jangan lupa letak garam dan sikit jak gula ( Utk Anak 2 Tahun ke atas)
* Jika utk anak 2 tahun kebawah, penggunaan ikan bilis cukup utk sebagai garam semulajadi*

* Labu boleh diberikan seawal umur 6 bulan manakala santan seawal 8 bulan *


Tara..Siap utk kembar dan Ipan makan bfast, lunch dan petang..
Mama diaurg malas di kala ini..So semua ni akan durg makan sepanjang hari bersama nasi..

Selamat Berpuasa!!!

Thursday, July 19, 2012

Bahaya Air Masak Utk Bayi 6 Bulan Ke Bawah








Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

Wednesday, July 18, 2012

Ayam Masak Ungkep



Salam Pra Ramadan....Di N3 kali ni mama buatkan anak2 Ayam Masak Ungkep Juniour..Ekceli ni 1st time mama masak Ungkep yang mama ambil dari buku resepi..Sempena kembar dan Ipan dah lebih 2 tahun 3 bulan, mama buatkan mereka ayam yg heavy sikit..Ia langsung tidak pedas, dan menggunakan bahan yg alami seperti kunyit dan serai yg mama banyakkan sikit..Petua serai utk meredakan kahak mama ambil kesempatan utk 'pecahkan' kahak Eiman dan Ipan..he...he...



Ayam Ungkep yg mama rata dengan niat mau diet..EMs..Dietkah tu kalo makan bersama kopi dan kek peach..>.<



Mula2 mama sediakan hirisan bawang besar, serai, 2 keping asam keping, kayu manis, bunga lawang dan pelaga..Disamping itu, mama tumbuk kunyit,halia, bawang putih dan merah..sediakan 1 sudu serbuk ketumbar dan 2 sudu serbuk jintan manis..Dan jangan lupa sediakan beberapa ketul ayam yg dibuang kulit dan dibersihkan..Untuk menghilangkan bau hanggir ayam, bolehlah ayam tersebut diperap sekejap dengan tepung sebelum ia dibersihkan sepenuhnya..


Mula-mula tumis bawang besar bersama serai yg ditumbuk sikit..Dan segala rempah-ratus sehingga naik bau..


Masukkan serbuk ketumbar dan jintan ..


Masukkan kunyit yg ditumbuk bersama bawang dan halia


Masukkan ayam dan asam keping..


Masukkan air masak dalam 2 cawan ( jika mahu berkuah sikit, hanya perlu tambah air ikut kesukaan anda)

Masukkan gula dan garam utk menambah rasa..Dan tunggu ayam hingga empuk..


Hidangan Kembar dan Ipan yg mama sertakan bersama terung tumis dan nasi lemak pandan..

Selamat mencuba..

Tuesday, July 17, 2012

Nasi Lemak Pandan

Salam Manis Kepada Semua momies Gojes Sekalian..

Hari ni mama baru ada mood mau updatekan belog yg berabuk ni...

Kali ni mama mau sharekan nasi kegemaran anak mama iaitu Nasi Lemak Pandan..
Sangat enak dihidangkan bersama lauk yg berkuah..Aroma daun pandan cukup untuk mama ikut lapar ketika nasi sedang dimasak..

Tara...

Kali ni mama hidang bersama Ayam Masak Ungkep dan Terung tumis yg segar dari kebun kakek Ipan..





Mula2 kita blendkan sekali kelapa parut dan beberapa keping daun pandan..
Ops..Jangan lupa + air masak lah ya..


Toskan terus pada beras yg telah bersih dan ditoskan..


Tambah sedikit garam jika baby anda MELEBIHI 2 TAHUN KE ATAS..


Simpulkan daun pandan dan transferkan ke rice cooker dan masak seperti biasa..


Ini dia Menu Lunch anak2 utk hari ini yg mama hidangkan di piring kegemaran otomen2 dan raksasa dlm rumah mama..Ho..ho...

* Resepi Ayam Ungkep akan mama kongsikan pada N3 akan datang *


Ipan yg Berselera Makan..




Selamat Membuat hidangan yg sihat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...