Salam..
Kali ni saja buat N3 paling senang dan teramat la malas..
Kebetulan lokung bw bertimbun HoneyDew dari kebun, so aku memaksa diri membuat puding antam2 jak ni..Tp jgn susah hati, rasa memang sedap ba...he..he..
Betul ni tau..ada 2 kali aku buat sangkin menyelamatkan honeydew yg memenuhi meja dapurku
1st time guna susu FM, 2nd time guna fullcream milk..
Seperti biasa, aku potong buah HoneyDew dan blend bersama FullCream Milk..
Jika dapur cuma ada susu sejat pun boleh..(jika untuk hidangan dewasa sahaja)
# Bby TIDAK boleh guna susu sejat #
#untuk menggantikan penggunaan susu sejat, momies blh bancuh susu FM si Cumil #
Jika dapur ada susu foc dari sekolah lagi power..ha..ha...(ketara betul suka bw balik susu sekolah)
Jika ingin manis, bolehla tambah gula @ susu manis..
Jika buat untuk si cumil di bawah setahun, x payah la ..rasa manis buah cukup untuk melazatkan puding ini..
Time ni aku buat 2 pek agar2 serbuk..Sukatan paling cantik ialah 7 gelas air..
Oleh kerana ini N3 puding HoneyDew, jadi 7 gelas honeydew yg aku kisar tadi jadi airnya..
Untuk melemakkan lagi puding ini, aku bancuh 2 sudu makan tepung kastard bersama 5 sudu makan air didalam gelas..setelah itu aku masukkan dlm bancuhan puding..Sumbat jak semua bahan2.
( Serbuk agar2, bancuhan tepung kastard dan 7 gelas air kisaran honeydew)
Then kita masak dalam anggaran 20 minit sehingga puding/agar2 betul2 masak..
Tara..Nie la puding HoneyDew c Kembar dimana penggunaan susu FM aku guna menggantikan susu sejat..
Selamat mencuba..