Berehat Sebentar Bersama

Sunday, November 13, 2011

Sangar Pepik Garlic

Salam..

N3 kali lebih kepada buat minum petang yg aku suka..

Mau eja pepik (tumbuk)..aku kurang arif..harap2 cigu BM jangan marah ya..

Tinggal di bumi Tawau, mesti tau makan sangar (pisang goreng) pepik (tumbuk)..iaitu sejenis jajan suku Bugis yg aku paling suka makan..ha..ha...


Sediakan dahulu pisang mentah..ni kami gelar pisang sabah..x tau namanya dlm kamus apa..sori..


Kupaskan dahulu kulit di air yg mengalir agar proses mengupas mudah dan tangan x bergetah..

Tumbuk bawang putih mengikut banyak yg kamu suka..Aku suka byk2 sbb harum bila digoreng..


Masukkan bwg tadi bersama sedikit garam dan perasa..
Gaulkan sebati ya..


Gorengkan half cook..




 Tumbukkan pisang yg telah kita goreng tadi dengan meletakkannya seperti ini..Aku tumbuk guna anak lesung batu..

Ini rupanya lepas ditumbuk..
Ops..belum boleh makan!!!
Kita akan goreng sekali lagi  menggunakan minyak sebelum ini..
Aku sengaja buat byk, sebab mau jadikan stok ..
Bila2 perlu aku akan tinggal goreng sahaja..

# Goreng kali ke 2 ini ikut kesukaan anda, tp x la lama nanti keras dan tidak berapa sedap dilidah aku ni..
# Asal2 goreng saja ba..kan pisang tadi sudah half cook..goreng utk ia nampak kekuningan sahaja bagi aku..


Ergh..Pisang pepik ini paling hebat dimakan bersama sambal belacan yg telah ditumis..

Selamat menjamu selera...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...