Berehat Sebentar Bersama

Saturday, November 17, 2012

Pie Epal Simple



Salam..Selamat menyambut tahun baru..Azam pon dari dulu sama tapi tidak juga kesampaian ba..Ni niat diet 2 bulan, akhirnya aku tewas makan mee goreng si kembar lagi..he...he...

Kali ni mama Ipan mau share buat Pei Epal yang simple lagi..


Tara....



Dengan resepi doh pastri yang maveles ranggup, ia sedap dimakan semasa panas..* Resepi ni sesuai untuk anak umur 2 tahun ke atas disebabkan ada pengunaan gula dalam inti pie..Jika mahu berikan untuk anak 2 tahun ke bawah pengunaan gula bolehlah diganti dengan puree kurma sedikit, namun pastikan anak anda telah lulus ujian telur disebabkan doh menpunyai campuran 1 biji telur..*




Bahan- bahan Pastry Simple :
* 1 buku butter ( 250 g)
*1 biji telur
* sedikit gula ( optional )
* tepung gandum ( entry kali ni mama mix 1/2 tepung gandum , 1/2 tepung Hong Kong )

* Mama ada terbaca penggunaan tepung Hong Kong akan menjadikan pastry rapuh dan sedap, so kali ni mama menerai untuk melihat hasil doh tepung Hong Kong ini.)

# Mula -mula, letak butter, telur, gula..tambah tepung sedikit demi sedikit hingga ia menjadi doh.Pastikan doh sederhana lembut..jika banyak tepung, pastry akan keras..#

# Masukkan doh dalam acuan dan cucukkan dasar untuk cepat masak..Jika anda rajin, boleh letakkan kacang hijau atas doh sebagai pemberat agar doh rata hasilnya..Cuma mama terlalu rajin  , so mama bakar saja sebab mahu mengejar masa..Bakarkan doh dalam 15 minit pada suhu 170C dan keluarkan semula untuk diisikan inti #



Ni buat inti pie epal..Namanya epal, so bahan utama epal di potong ikut kesukaan anda..Mama suka potong dadu..so mama potonglah dadu sederhana kecil..mama guna dalam 5 biji epal yang kecil saiznya..

Masakkan epal tadi bersama gula perang..Mama guna molasses masa ni..


Tanak campuran epal dan gula perang hingga epal tadi layu..


Masukkan bancuhan tepung ..( tepung + sedikit air )

Bancuhan tepung agak2 saja..Contohnya 2 sudu makan tepung bersama 5 sudu makan air..

Gaul lagi hingga ia jadi seolah-olah melekit..Jika anda suka ia berkuah sikit, hanya perlu tambahkan air bancuhan tepung tadi..


Inti pie epal yang siap..


Ni mama sengaja tutup pie dengan menyilangkan doh lebihan yg ada..
Last sekali sapu kuning telur di atas 'tutup' pie tadi..


Sedia untuk dibakar bila sudah di'cat' semua tutupnya itu..


Tara..


Sedia untuk dimakan..


Ipan dan Eiman yang makan Pie Epal sambil tengok TV..

Selamat Mencuba...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...