Salam manis..Salam bakal menyambut Tahun Baru..Salam Ma'al Hijrah..Semua salam kepada pembaca blog mama..Ho..Ho..Trip perasan memang macam tu..he..he....Sempena Cuti Depavali semalam, mama dan bff mama Kasdia buat Pie..Mula-mula memang plan buat Pie Epal saja sebab kawan mama ni memang gilak makan Pie Epal..Dari beli Pie Epal di McD yg sebesar 3 jari tu, bagus lah buat sendiri..Puas hati makan..
Namun entry kali ni mama tunjukkan dulu Pie Ayam ya..
Tara...
* Resepi ini sesuai untuk anak 2 tahun ke atas sebab ada penggunaan gula daan garam dalam inti*
* Jika anda ingin membuat untuk baby anda, pastikan baby 8 bulan ke atas dan penggunan gula dan garam boleh diganti dengan serbuk ikan bilis homemade dan sedikit puree kurma dalam inti pie ini*
Sengaja di hias dengan cucuk bento mama yang lama tersadai dalam kandang gajah putih ..
Mula-mula mama masakkan dulu semua pastry untuk membuat pie ayam dan pie epal..
Jika anda terbuat banyak pastry tidak apa, ia boleh difrozenkan dan boleh diguna pakai dalam masa 3 bulan..So senanglah mau projek buat segala jenis tat dan quiche..
Bahan- bahan Pastry Simple :
* 1 buku butter ( 250 g)
*1 biji telur
* sedikit gula ( optional )
* tepung gandum ( entry kali ni mama mix 1/2 tepung gandum , 1/2 tepung Hong Kong )
* Mama ada terbaca penggunaan tepung Hong Kong akan menjadikan pastry rapuh dan sedap, so kali ni mama menerai untuk melihat hasil doh tepung Hong Kong ini.)
# Mula -mula, letak butter, telur, gula..tambah tepung sedikit demi sedikit hingga ia menjadi doh.Pastikan doh sederhana lembut..jika banyak tepung, pastry akan keras..#
Ni tutorial masak inti ayam..Ekceli mama sumbat2 jak..yang penting masak..
Mama tumis dulu bawang besar yang mama potong dadu kecil-kecil..
Bila naik bau, mama masukkan sedkit serbuk kari ( 2 sudu makan) yang mama bancuh bersama air panas..
Ekceli dalam inti Pie ayam, tidak perlu tambah kari..Ni mama derhakakan sebab tidak suka warna pucat pada inti..So sesiapa yang mahu mencuba, tidak perlu tambah pon ok ba..
Masukkan 1 biji telur , isi ayam yang dicincang halus dan kentang yang dipotong dadu..
Tambah sedikit air untuk memasakkan semua bahan dan berikan sedikit garam dan gula sebagai penambah rasa inti ini..
Inti yang sedia untuk dimsukkan dalam doh yang siap dimasakkan separuh masak..
Isi kan inti..
Tutup kembali dengan lebihan doh..Kalo rajin boleh corakkan ikut kreativiti sendiri..Cucukkan doh seperti dalam gambar agar doh cepat masak..
Ops..Jangan lupa, ambil kuning telur dan sapukan pada tutup pie tadi..
Kali ni mama bakar pie pada api atas sahaja dengan suhu yang sama..Berapa lama?? Tengok sampai doh sudah kekuningan tu., ertinya doh sudah masak dan sedia untuk dingap oleh tuannya..
Tara..Harumannya macam mama buat kue raya lah pulak..Wangi betul..
Pie Ayam ni sangat rapuh dan sedap rasa dohnya disebabkan penggunaan tepung Hong Kong dan gandum yang seimbang..
Selamat Mencuba!!!
salam..
ReplyDeletekak, tepung hong kong tu camne? nama laen? atau pegi bakery shop diaorang tau?