Berehat Sebentar Bersama

Saturday, November 17, 2012

Pie Epal Simple



Salam..Selamat menyambut tahun baru..Azam pon dari dulu sama tapi tidak juga kesampaian ba..Ni niat diet 2 bulan, akhirnya aku tewas makan mee goreng si kembar lagi..he...he...

Kali ni mama Ipan mau share buat Pei Epal yang simple lagi..


Tara....



Dengan resepi doh pastri yang maveles ranggup, ia sedap dimakan semasa panas..* Resepi ni sesuai untuk anak umur 2 tahun ke atas disebabkan ada pengunaan gula dalam inti pie..Jika mahu berikan untuk anak 2 tahun ke bawah pengunaan gula bolehlah diganti dengan puree kurma sedikit, namun pastikan anak anda telah lulus ujian telur disebabkan doh menpunyai campuran 1 biji telur..*




Bahan- bahan Pastry Simple :
* 1 buku butter ( 250 g)
*1 biji telur
* sedikit gula ( optional )
* tepung gandum ( entry kali ni mama mix 1/2 tepung gandum , 1/2 tepung Hong Kong )

* Mama ada terbaca penggunaan tepung Hong Kong akan menjadikan pastry rapuh dan sedap, so kali ni mama menerai untuk melihat hasil doh tepung Hong Kong ini.)

# Mula -mula, letak butter, telur, gula..tambah tepung sedikit demi sedikit hingga ia menjadi doh.Pastikan doh sederhana lembut..jika banyak tepung, pastry akan keras..#

# Masukkan doh dalam acuan dan cucukkan dasar untuk cepat masak..Jika anda rajin, boleh letakkan kacang hijau atas doh sebagai pemberat agar doh rata hasilnya..Cuma mama terlalu rajin  , so mama bakar saja sebab mahu mengejar masa..Bakarkan doh dalam 15 minit pada suhu 170C dan keluarkan semula untuk diisikan inti #



Ni buat inti pie epal..Namanya epal, so bahan utama epal di potong ikut kesukaan anda..Mama suka potong dadu..so mama potonglah dadu sederhana kecil..mama guna dalam 5 biji epal yang kecil saiznya..

Masakkan epal tadi bersama gula perang..Mama guna molasses masa ni..


Tanak campuran epal dan gula perang hingga epal tadi layu..


Masukkan bancuhan tepung ..( tepung + sedikit air )

Bancuhan tepung agak2 saja..Contohnya 2 sudu makan tepung bersama 5 sudu makan air..

Gaul lagi hingga ia jadi seolah-olah melekit..Jika anda suka ia berkuah sikit, hanya perlu tambahkan air bancuhan tepung tadi..


Inti pie epal yang siap..


Ni mama sengaja tutup pie dengan menyilangkan doh lebihan yg ada..
Last sekali sapu kuning telur di atas 'tutup' pie tadi..


Sedia untuk dibakar bila sudah di'cat' semua tutupnya itu..


Tara..


Sedia untuk dimakan..


Ipan dan Eiman yang makan Pie Epal sambil tengok TV..

Selamat Mencuba...

Wednesday, November 14, 2012

Pie Ayam Simple


Salam manis..Salam bakal menyambut Tahun Baru..Salam Ma'al Hijrah..Semua salam kepada pembaca blog mama..Ho..Ho..Trip perasan memang macam tu..he..he....Sempena Cuti Depavali semalam, mama dan bff mama Kasdia buat Pie..Mula-mula memang plan buat Pie Epal saja sebab kawan mama ni memang gilak makan Pie Epal..Dari beli Pie Epal di McD yg sebesar 3 jari tu, bagus lah buat sendiri..Puas hati makan..
Namun entry kali ni mama tunjukkan dulu Pie Ayam ya..

Tara...

* Resepi ini sesuai untuk anak 2 tahun ke atas sebab ada penggunaan gula daan garam dalam inti*
* Jika anda ingin membuat untuk  baby anda, pastikan baby 8 bulan ke atas dan penggunan gula dan garam boleh diganti dengan serbuk ikan bilis homemade dan sedikit puree kurma dalam inti pie ini*


Sengaja di hias dengan cucuk bento mama yang lama tersadai dalam kandang gajah putih ..


Mula-mula mama masakkan dulu semua pastry untuk membuat pie ayam dan pie epal..
Jika anda terbuat banyak pastry tidak apa, ia boleh difrozenkan dan boleh diguna pakai dalam masa 3 bulan..So senanglah mau projek buat segala jenis tat dan quiche..

Bahan- bahan Pastry Simple :
* 1 buku butter ( 250 g)
*1 biji telur
* sedikit gula ( optional )
* tepung gandum ( entry kali ni mama mix 1/2 tepung gandum , 1/2 tepung Hong Kong )

* Mama ada terbaca penggunaan tepung Hong Kong akan menjadikan pastry rapuh dan sedap, so kali ni mama menerai untuk melihat hasil doh tepung Hong Kong ini.)

# Mula -mula, letak butter, telur, gula..tambah tepung sedikit demi sedikit hingga ia menjadi doh.Pastikan doh sederhana lembut..jika banyak tepung, pastry akan keras..#

# Masukkan doh dalam acuan dan cucukkan dasar untuk cepat masak..Jika anda rajin, boleh letakkan kacang hijau atas doh sebagai pemberat agar doh rata hasilnya..Cuma mama terlalu rajin  , so mama bakar saja sebab mahu mengejar masa..Bakarkan doh dalam 15 minit pada suhu 170C dan keluarkan semula untuk diisikan inti #


 Ni tutorial masak inti ayam..Ekceli mama sumbat2 jak..yang penting masak..
Mama tumis dulu bawang besar yang mama potong dadu kecil-kecil..


Bila naik bau, mama masukkan sedkit serbuk kari ( 2 sudu makan) yang mama bancuh bersama air panas..
Ekceli dalam inti Pie ayam, tidak perlu tambah kari..Ni mama derhakakan sebab tidak suka warna pucat pada inti..So sesiapa yang mahu mencuba, tidak perlu tambah pon ok ba..


Masukkan 1 biji telur , isi ayam yang dicincang halus dan kentang yang dipotong dadu..
Tambah sedikit air untuk memasakkan semua bahan dan berikan sedikit garam dan gula sebagai penambah rasa inti ini..


Inti yang sedia untuk dimsukkan dalam doh yang siap dimasakkan separuh masak..


Isi kan inti..


Tutup kembali dengan lebihan doh..Kalo rajin boleh corakkan ikut kreativiti sendiri..Cucukkan doh seperti dalam gambar agar doh cepat masak..
Ops..Jangan lupa, ambil kuning telur dan sapukan pada tutup pie tadi..
Kali ni mama bakar pie pada api atas sahaja dengan suhu yang sama..Berapa lama?? Tengok sampai doh sudah kekuningan tu., ertinya doh sudah masak dan sedia untuk dingap oleh tuannya..


Tara..Harumannya macam mama buat kue raya lah pulak..Wangi betul..


Pie Ayam ni sangat rapuh dan sedap rasa dohnya disebabkan penggunaan tepung Hong Kong dan gandum yang seimbang..

Selamat Mencuba!!!

Friday, November 9, 2012

Ikan Cencaru Rolled Oat

Salam manis..Lama betul mama menyawangkan blog ni..Sibuk??Ya, seperti biasa tugas ibu dan guru memang buat mama pening setiap hari..Dengan keadaan diri yang kurang sihat menambahkan lagi sawang yang sedia ada..Kini Alhamdulliah mama sudah dapat berjalan sedikit..Selama sakit resepi harian anak semua yang simple..Alhamdulilah..Biar cuma sup telur yang mama sumbat dengan sayur sekali tetap menjadi makanan anak-anak..Semacam mengerti, mereka makan tanpa banyak cerewet..Syukur betul..

Salah satu resepi ikan yang memang mama selalu sediakan untuk mereka makan ialah ikan cencaru yang mama perap bersama rolled oat ..Idea tambah rolled oat untuk menambahkan bumbu yang disumbat di dalam ikan..So rasa tetap akan sedap sama macam ikan bakar yang sedia ada dengan bumbu yang banyak..Kelas kamu nak..bumbu pun rolled oat gitew..Phewittttttt..



Bahan-bahan :
* Bawang Putih
*Bawang Merah
* Serai
* Halia
*kunyit
* Rolled Oat

Semua Bahan di atas ditumbuk halus..Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi bersama garam , beberapa sudu makan rolled oat dan minyak masak..( Mama suka tambah beberapa sudu cili boh homemade yang dibuat dari lada kering yang besar agar nampak efek merah dan kuning dalam bumbu yg disumbat dalam perut dan sisi ikan cencaru yang mama sedia belahkan) Jika tidak mahu tambah pun tidak apa ba..
# Penambahan garam hanya sesuai untuk anak 2 tahun ke atas #

Sedia untuk dipanggang atas kuali dengan api yang sederhana..

Rasa sedap dengan aroma semulajadi membangkit selera anak-anak mama biarpun cuma dihidangkan bersama sayur patola tumis..

Selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...