Salam Jumaat Yang Penuh Keberkatan..
Juadah Pagi Jumaat ini ialah nasi kuning..Sebab kemarin pembuka selera ialah nasi lemak, hari ni buat nasi lemak lagi tapi berbeza warna..jadilah ia Nasi Kuning..
Tara...
Macam biasa lah, saja tunjuk hasil utk semangatkan momi sekalian masakkan si comil..
Resepi ni boleh diberikan seawal 8 bulan sebab ada penggunaan santan..
Namun jika baby baru mau makan nasi lembek, lebihkan saja santannya..
Proses pertama ialah masak nasi..Sama seperti kita masak nasi lemak, cuma nasi kuning kita tambah sedikit serbuk kunyit..Sebaiknya kunyit hidup, tapi dirumah tiada stok..
* Beras dicuci bersih, tambah sedikit serbuk kunyit, letak santan fresh dan akhir sekali masukkan simpulan daun pandan berserta hirisan halia..
Sedia dimasakkkan sahaja dalam rice cooker dan masak seperti biasa..
Ni tomato segar yg terbaek dari ladang..
Mama potong dan blenderkan bersama air masak..
Saja penuh2 supaya kuahnya banyak..
Masak hingga naik bau bwg putih, merah dan serai jika mahu..
Mama masukkan 2 sudu cili boh yg mama baru saja blander..Hanya sedikit utk ambil warna merahnya..
Untuk baby 2 tahun kebawah, jika tak mahu, kuah lauk ini anda boleh ambil sahaja sos tomato baby..
tutorial membuat sos tomato baby ada saya tunjukkan di sini..
Masakkan cili boh itu sehingga pecah minyak..Untuk pastikan kuah anda sedap..
Bila dah pecah minyak, masukkan tomato yg anda blander tadi..
Tanak sehingga ia jadi pekat..Bila mahu dekat pekat, saya masukkan lagi 3 biji tomato yg dipotong dadu..
Untuk bby dibawah 2 tahun sila masukkan puree kurma dan ikan bilis disangai yg telah diblender halus sebagai gula dan garam semulajadi..
* Untuk resepi dewasa, bolehlah letak sedikit air asam jawa..
Oleh kerana anak mama dah 2 tahun 2 bulan, mama masukkan sedikit molasses sugar pengganti gula
dan sedikit garam..
* Penggunaan molasses seakan gula melaka ini, membuatkan kuah sos ini bertambah gelap dan cantik..
Sebelum diangkat, mama taburkan hirisan bawang besar penambah rasa kuah sos yg enak ini..
# Masak kuah ni biar lama agar kuah anda betul2 cantik dan sedap disamping ia lebih tahan lama.
Sementara menunggu kuah anda siap, bolehlah rebus telur dan goreng sumber protin seperti ikan atau ayam#
Ni barangan Bento mama yg baru mau dikeluarkan..Kesian..Lama sudah dia jadi Gajah Putih dalam laci tu..
Hidangkan bersama hirisan tomat dan timun..
Sedikit Telur Rebus..
Dan ayam yg Digoreng..
( Ayam boleh juga diganti Ikan jika mahu..)
N3 kali ni mama tidak tersnap gambar kembar yg menghabiskan semua nasi kuning sbb mama bz sediakan ikan panggang di dapur..
Apa2 pun, selamat membuat hidangan yg sihat utk anak anda!!
No comments:
Post a Comment