Salam..
Ni saja mau share buat kueh yg simple..yg mama suka buat utk frozenkan..
( Resepi ini sesuai utk bby dah 1thn ++ dan lulus ujian telur ya..)
Dibawah ini adalah step by step yg simple dimple buat doh donut dan sewaktu dengannya..
Masa ni mama buat 1kg doh..
Just kembangkan yis di air suam-suam kuku..dlm 400 ml air dan 2 pek yis..
Bila kembang sumbat jak 2 sudu makan lemak sayur, 2 sudu margerin,4 sudu susu tepung..mama hantam guna susu fm si kembar jak..jimat,,( boleh letak sedikit garam atau gula bersama jika mahu..)
Letak tepung sikit-sikit..
letak 2biji telur..
Uli hingga sebati..ertinya tiada lagi melekat-lekat..
Doh yg siap..
Canaikan selebar2nya..aku guna tangan saja sbb lampau rajin..
Ratakan jam labu dan apple ni..( NI JAM BABY..)
Resepi jam apple dan labu ada DISINI..
Oleh kerana ini resepi kueh cinamon roll, mama tambah sedikit serbuk cinamon dan sikit serbuk 5 spices..
Ni betul2 versi derhaka lagi..
Taburkan hirisan daun sup/ celery..
Gulung..
Dihujung mama gam guna telur putih..
Potong-potong..
Leperkan sikit-sikit area yg ber-roll itu..
Siap utk digoreng..
Hidangan petang twin dan Ipan..
Separuh lagi mama buat donut..
Tara..
Donut ni mama hantar sebagai sedekah ke rumah jiran yg buat kenduri tahlil..
Ni pula cinamon roll yg mama buat versi org dewasa..
Inti hitam tu, mama ambil serbuk 5 spices + serbuk cinamon + bawang putih yg ditumbuk halus + kicap utk menghitamkannya+ sedikit gula..
Donut ni mama hantar sebagai sedekah ke rumah jiran yg buat kenduri tahlil..
Ni pula cinamon roll yg mama buat versi org dewasa..
Inti hitam tu, mama ambil serbuk 5 spices + serbuk cinamon + bawang putih yg ditumbuk halus + kicap utk menghitamkannya+ sedikit gula..
Hasil sama mcm di atas..cuma versi dewasa sangat sedap dimakan dikala petang bersama kopi/ nescafe panas...
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment