Tara..
Mama bagi 5 bintang !!!
Rasa yang sedap disamping kewangian butter yang OseM!!!!
Makasih banyak2 kepada empunya resepi Chef Norzailina
Makasih banyak2 kepada empunya resepi Chef Norzailina
Sangat enak dimakan di waktu petang..
Bahan-bahan...:
- 1 cawan mentega
- ¾ cawan gula kastor
- 3 biji telur
- ¼ cawan susu pekat
- ¼ cawan serikaya
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar koko
- 1 sudu kecil vanila
- Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
- Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
- Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
- Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Butter yang di campurkan bersama organic sugar..
Bancuhan yang kembang..
Bila kembang, letak 3 biji telur dan putar lagi..tambah sikit esen vanilla..
selepas tu letak kaya, susu pekat, dan tepung gandum yang telah dicampur bersama serbuk penaik..
Saya menggunakan serbuk penaik organic sebab anak akan ikut mamam petang..
Gaulkan adunan guna sudu pon okey ja masa ni..Lepas tu anda bolehlah membahagikan adunan tepung tadi kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna makanan yang anda mahu..
Adunan yang sedia untuk di kukus..
Saya menggunakan dandangan saja untuk mengukus kek petang ni..
Kek yang sangat gebus..
Bahagian atas sangat halus sebab kali ni mama teringat untuk membuang "angin" pada adunan sebelum dikukus..Jadi kek akan nampak mulus tanpa ada kawah gunung berapi yang mencacatkan pemandangan atas kek..Ho..ho..
Selamat mencuba!!!
kak, mcmana buang angin tu?
ReplyDelete