Berehat Sebentar Bersama

Saturday, September 21, 2013

HomeMade Wages Maveles


Salam sabtu yang memenatkan seluruh badan..Sambil tunggu kembar Eiman bangun sbb kembar Manja baru tidur, mengupdatekan sedikit simple resepi kegemaran anak2 mama..Satu resepi yang diadaptasikan secara tidak sengaja ketika terdapat lebihan kentang dalam masakan kari ayam..Namun ia menjadi satu kegemaran anak2 di rumah ini dan adalah menjadi new habit mama akan melebihkan kentang dalam masakan kurma , kari mahupon kicap..tidak kira lah ayam ataupon daging, kentang mama akan sumbatkan banyak sedikit sbb boleh dijadikan 2nd resepi pada bila-bila masa..ataupon sebagai jajan mereka pada hari tersebut..


Tara..
Kentang wages pelbagai rasa ini sangat sedap dihidangkan ketika panas mahupon sejuk..
Rasa??? Lebih sedap dari wages kfc..ho..ho...


Ini adalah kentang yang mama ambil dari ayam masak kurma untuk bekal kembar Jumaat kemarin..
Mama ambil dan toskan serta tunggu ia sejuk..


Ini pulak kentang yang mama kuarkan dari ayam masak kicap untuk bekal kembar Khamis tu..


Mama celupkan saja terus ke dalam tepung 'kfc'..mama suka beli brand Nazri..Beli yg terus sekilo..Harga dalam RM3.85 sekilo..
* Tidak perlu celup telur jika menggunakan brand ini..*
* Jika ingin mencantikkan lagi wadges ini, mama biasanya akan letak sedikit serbuk kunyit sebelum meletakkan tepung tanpa meletakkan garam disebabkan kentang ini sudah ada perasa ketika dimasukkan dalam masakan sebelum ini *

Setelah itu, anda bolehlah goreng ia sehingga kekuningan..


Ni wadges yang mama goreng dari ayam masak kicap..Ia berwarna gelap sedikit disebabkan mama tidak meletakkan serbuk kunyit sebelum mencelupkan ia pada tepung..


Ini pulak hasil wadges dan sedikit ayam yang mama goreng hasil ayam masak kurma..Ia kelihatan lebih cantik disebabkan mama meletakkan sedikit serbuk kunyit sebelum menyalut tepung tersebut..


Bekal anak-anak yang simple sehari-hari..Hanya dengan nasi putih , ayam masak kurma , telur rebus dan wadges maveles dapat membiasakan diri mereka bahawa hari-hari mama durg buat bekal yang selamat..


Bekal yang siap mama kemaskan setiap hari sebelum berangkat ke sekolah..
Selamat Berbekal anak-anak mama!!!

3 comments:

  1. salam...adda..tiada yg istimewa sangat..biasa2 saja..makasih sbb masih sudi baca blog kakak..:)

    ReplyDelete
  2. adda syuhada boleh pm kakak di fb..kakak nak bg suprise !!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...