Berehat Sebentar Bersama

Friday, December 14, 2012

Pasta Goreng Simple

Salam Jumaat..Sedar tidak sedar kita sudah mau menghampiri hujung tahun 2012..Ertinya tidak lama lagi berakhirlah kebahagian aku sebagai suri rumah sepenuh masa..Masa cuti tiada juga mau masak best-best memandangkan kesihatan masih ditahap kurang memuaskan..So antara bekpes yang memang senang dan disukai kembar dan Ipan ialah Pasta goreng..Ala-ala mee goreng la, cuma pasta jenis 'Angel Hair' ni lebih disukai disebabkan ia lembut compare mee spagetti tu..

Resepi ini sesuai untuk umur 2 tahun ke atas sebab ada pengunaan gula dan garam.Jika ingin memberikan untuk baby yg lebih kecil ( 8 bulan ke atas) anda boleh gantikan cili boh dengan homemade tomato sos baby yang saya pernah tunjukkan pada entri yang lalu..


Hanya simple resepi yang menjadi kesukaan budak kembar..Makan bersama telur mata sapi..


Salah satu jenis pasta yang best digoreng..


Seperti biasa, mama masukkan bwg putih, merah yang ditumbuk halus..
tambah sedikit isi ayam yang dihiris sebagai sumber protin dalam hidangan ini..


Bila sudah naik bau, mama masukkan cili boh yang mama buat sendiri..


Bila cili boh sudah 'pecah minyak' , mama masukkan hirisan sayur kobis dan lobak yang mama hiriskan memanjang..Ops..Jangan lupa masukkan garam dan sedikit gula untuk penambah rasa dalam hidangan ini..
( Penggunaan gula dan garam untuk anak 2tahun ke atas ya..)

Last sekali masukkan pasta yang siap direbus..


Gaul hingga masak..





Ipan dan Eiman & Manja yang makan bersungguh..Alhamdullilah..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...