Berehat Sebentar Bersama

Sunday, December 16, 2012

Daging Kambing Panggang Juniour & Kentangkeledek Putar Bergravykan rolled Oat

Salam berhujung minggu..Kali ni mama mau share buat satu resepi mudah biarpun entri kali ni tajuknya panjang sedepa....Tetiba saja mau buat lamb steak ni sebab bapa Ipan ada beli kepingan kambing semalam..Memandangkan kembar tengah jadi fussy eater 2-3 hari kerana demam, batuk , selsema dan sedikit ulser dimulut jadi mama mencuba resepi ini..Kira ni mama mencuba nasib lah untuk buka selera mereka..



Tara..

Resepi ini untuk 2 tahun ke atas sebab ada pengunaan garam dan gula


Selalunya orang lain buat lamb cop dengan memerap kambing dan panggang..Tapi mama malas..ni kepingan daging kambing yang mama telah 'presurecookerkan' agar isi kambing lembut di mulut si kembar yg tengah malas mengunyah pada waktu ni..


Mama perap bersama mix herb, bawang putih yang ditumbuk halus ,olive oil dan sedikit lada hitam untuk penambah rasa berserta sedikit garam ..


Mama panggang jak di atas kuali non stik dengan pengunaan minyak yang sedikit..
Angkat bila sudah keperangan dan selepas ini kita akan menyediakan kentang & keledek lecek


Ni sup ayam yang mama buat lunch tadi..Dalam dia memang ada kentang sudah..So mama akan ambil kentang tadi dan blend bersama keledek lebihan bekpes tadi pagi sebagai kentang & keledek lecek yang mama duetkan dalam hidangan kali ni..


Blend kentang dan keledek rebus bersama sedikit butter..Rumah mama cuma ada olive spread..so mama antam jak la pakai..


Blend hingga halus..


Ni mama menyediakan gravy kentang lecek tadi..mama tumis sedikit bawang putih dengan lebihan minyak membakar kambing tadi..


Masukkan 1 sudu tepung jagung @ gandum dan tunggu ia keperangan..


Masukkan stok ayam/ daging..
Perasakan dengan lada hitam..Mama tidak letak garam pada gravy ini sebab stok yang mama buat memang dah mempunyai rasa yang perfect disebabkan sup ayam tadi..

Last sekali, untuk memekatkan kuah, mama masukkan 1-2 sudu rolled oat yang mama blend halus..

Ni mama ambil resepi dari mama Mimi @Farah Rahim..Tq dear..


Tara..Sedap dan makan tanpa ragu-ragu..



Ipan makan keledekkentang putar dengan selera sekali..
" Mama Sodap ba.."...


Selamat berhujung minggu!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...