Salam Senin yang indah..Biasanya kalo Senin masa sekolah adalah hari paling tidak ada mood..Tapi oleh kerana ini masih lagi musim mama bersuka ria, jadi senin kah..rabu kah..semua hari heaven bagi mama..Biar penat jadi referee di rumah, hati gembira tidak perlu punch card hari-hari..He..he..
Entri kali ni mama mau share resepi kesukaan anak-anak semenjak sakit..Pasta dari jenis Vermicelli..Sama macam Angel Hair, ia merupakan sejenis pasta kesukaan anak2 mama sebagai bekpes, lunch ataupun minum petang..Kelas kamu nak, mama kecil makan mee sangul rebus jak..Ho..ho...
Ni muka pasta yang mama maksudkan..
Seperti biasa rebuslah ia sehingga lembut..
Resepi ini sesuai untuk anak 2 tahun ke atas sebab ada pengunaan gula dan garam
Mula-mula mama masukkan bawang putih , merah dan besar yang ditumbuk dan mayang halus..
Bila sudah naik bau, mama masukkan isi ayam dan isi kambing yang telah mama rebus dahulu..
Bila sudah nampak kekuningan, mama masukkan bancuhan serbuk kari ( 1 sudu serbuk kari yang dicampur bersama sedikit air panas)
Bila kari dah masak, mama masukkan lagi cili boh yang mama buat sendiri..
( Mama menggunakan cili kering yang lebar agar tidak pedas.Rebus dan blend )
Tunggu hingga cili boh betul2 masak..( Jika anda ingin tambah sedikit kicap untuk hidangan dewasa bolehlah letak masa ni ya..)
Bila dah masak, masukkan garam dan gula..
Masukkan 2 biji tauhu yang dibelah 6..
Masukkan lobak yang dihiris memanjang, sayur sawi, kobis dan tomato yang dipotong dadu.,
Last sekali masukkan pasta rebus tadi..
Sebelum diangkat, mama tabur dengan hirisan daun sup dan cili segar..
Tara...
Ni hari ketiga si kembar makan pasta sebagai bekpes mereka..Alhamdulilah..ketiga-tiga hari ni tiada sisa pasta yang tinggal..
Selamat Mencuba..