Berehat Sebentar Bersama

Monday, October 8, 2012

Bubur Udang Segera


Salam manis di pagi Senin!!!Entry kali ni mama mau share buat bubur segera yang senang, mudah dan of coz mestilah 100% homemade..Ni buat bubur sebab semalam bapa Ipan minta buatkan bubur kosong memandangkan dia tidak enak badan gitew..So sekali gus merangkap makan malam kami-kami semua dalam rumah ni..

* Resepi bubur ini sesuai untuk bayi umur 1 tahun ke atas dan tiada alahan terhadap makanan laut*
*Jika anda baru perkenalkan udang dalam resepi bayi anda, pastikan anda mengikut 4 Day Rules untuk melihat kesan alergik terhadap bayi anda *


Tara..


Mula-mula mama tanak beras di kuali..biarkan ia pecah sambil kita buat bumbu udang disebelahnya..


Tumis hirisan bawang merah, putih, halia dan sup bunjut berserta rempah 4 sekawan..



Bila sudah masak dan naik bau, masukkan udang segar dan lobak yg dipotong dadu secara kecil agar cepat masak ..


Bila sudah sebati, masukkan campuran udang yang ditumis itu ke dalam bubur kosong yang kita tanak disebelahnya tadi..Gaulkan lagi sebati bubur dan campuran udang tadi..Jika untuk hidangan bayi 2 tahun kebawah, tidak perlu lah letak garam..Memandaangkan kembar dan Ipan lebih 2 tahun, mama letakkan sedikit garam sahaja..



Siap untuk dihidangkan dan rasanya enak sekali..

( Kembar dan Ipan 2 kali tambah setiap orang..Tidak sia-sia mama masak di malam hari )

* Nota : Anda boleh letakkan taburan bilis yang disangai di atas bubur untuk memberikan rasa yang lebih enak jika bayi anda berumur 2 tahun kebawah..Jika ikan bilis tiada dalam stok anda, hirisan celery memberikan rasa masin secara semulajadi tanpa anda menambah sebarang garam dalam hidangan bubur ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...