Berehat Sebentar Bersama

Saturday, October 20, 2012

Bila Kembar Sakit Lagi

Salam Jumaat..Salam manis semua..last mama up datekan blog rabu lepas..Masa tu belum kuarkan tahi Twin Eiman yang keras..Lepas doktor sudah keluarkan menggunakan kaedah pancutan air, mama start susah hati sebab Eiman mula demam..2 hari kemudia mama bawa Eiman cek sebab takut tengok dia kesakitan sambil pegang telinga..Runtuhnya hati Allah sahaja yg tahu..Kali ni doktor sahkan gegendang telinga tidak bocor cuma ada sedikit pendarahan ditepi sebab Eiman bergerak ketika air dipancurkan..Namun darah tu cuma berada diluar..tapi hati mama tetap sedih..Takut dia ada apa2..Bila tidak keluarkan takut dia mengalami masalah pendengaran lah pulak..Nanti lagi mama menyesal kemudian hari..entahlah..Kalau lah boleh dipindahkan sakit itu, pindahkanlah dengan mama..mama sedih betul..


RAWATAN UNTUK TAHI TELINGA KERAS / TERSUMBAT
a) Ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga (contohnya SOLUWAX) dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Bagaimana kalau tahi telinga masih lagi keras walaupun sudah habis sebotol ubat cair tahi telinga digunakan?Jangan risau.pergilah berjumpa dengan doktor. Biasanya ubat cair tahi telinga akan diberikan semula sekali lagi sehinggalah tahi telinga menjadi lembut.

b) Doktor juga akan menggunakan sejenis kaedah konvensional untuk merawat tahi telinga keras dengan cara memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari.

c) Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.


Semalam ke Klinik cek telinga yg tersumbat hari tu..Alhamdullilah..Doktor sudah conformkan semua sudah ok seperti sedia kala..Syukur..Namun Twin Manja pulak sakit batuk dan tonsil bengkak..Akibatnya mama sambung tugas balik jadi Mak Guard berjaga malam..:)


Buah hati mama..Wiwin Eiman..


Jantung Mama..Wiwin Manja..


Ni pulak ayam goreng kesukaan anak-anak mama..Ayam Goreng Specil tau..Sampai tahap anak kazen mama cakap.." Ayam Goreng Rumah Ipan Paling Sedap.."..@_@

RESEPI AYAM SPECIL TWIN EUSOFF..

Ayam Ni diperap bersama bawang putih ( banyak sikit ), bawang merah , halia , serai dan kunyit yang mama tumbuk halus..Tambah sedikit garam ketika memerap ..Sebalum digoreng, mama salut dengan tepung ala- ala kfc..Jika mahu buat tepung kfc homemade boleh juga..mixkan sahaja tepung bersama serbuk kunyit, kari, lada putih @ hitam..Mama menyalut TANPA guna telur untuk elak ia menakung minyak yang banyak..Lepas tu goreng seperti biasa...





Eiman Yang Suka Makan Ayam Goreng Specil dikala sedang sakit..

Doaku agar semua sembuh seperti sedia kala..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...