Berehat Sebentar Bersama

Tuesday, October 23, 2012

Ikan Panggang Segera

Salam ..Alhamdulillah..Hari ni Ipan dan Wiwin sudah balik ke suhu normal..Yang malangnya, pinggang dan kaki mama kembali sakit..Sakit jangan sebut..Tapi kuatkan hati bertatih masakkan anak dan suami..Dengan kebizian diakhir tahun memeriksa kertas peperiksaan sangat buat mama meroyan..Stress disekolah jangan sebut..Akibatnya masakan untuk kembar mestilah semua berbentuk segera namun tetap homemade bah..@_@..


Ikan ni mama guna ikan tuna..Bapa kembar beli di pasar..Sudah pesan awal-awal, untuk anak biar beli ikan besar sebab takut ketulangan..

Ikan mama basuh dan perap bersama sedikit garam, minyak masak,bawang putih, bawang merah, halia , kunyit dan serai yang mama tumbuk halus..

* Untuk baby 2 tahun ke atas boleh tambah sedikit garam..Jika baby masih di bawah umur, abaikan penggunaan garam dalam resepi ini..*

* Sumber Protin boleh diberikan seawal 8 bulan *


Masukkan dan lipat di daun pisang untuk ambil aroma ketika memanggang.,


Sengaja banyakkan serai untuk pecahkan kahak si kembar..


Mama panggang saja di atas pan dan tutup agar masak cepat..


Isi ikan yang dimasak sedap ...


Sedap dimakan dengan nasi putih yang panas..


Lauk simple saja untuk kembar hari ni..Sayur sawi tumis bertauhu dan ikan panggang..

Selamat menjamu selera...

Saturday, October 20, 2012

Bila Kembar Sakit Lagi

Salam Jumaat..Salam manis semua..last mama up datekan blog rabu lepas..Masa tu belum kuarkan tahi Twin Eiman yang keras..Lepas doktor sudah keluarkan menggunakan kaedah pancutan air, mama start susah hati sebab Eiman mula demam..2 hari kemudia mama bawa Eiman cek sebab takut tengok dia kesakitan sambil pegang telinga..Runtuhnya hati Allah sahaja yg tahu..Kali ni doktor sahkan gegendang telinga tidak bocor cuma ada sedikit pendarahan ditepi sebab Eiman bergerak ketika air dipancurkan..Namun darah tu cuma berada diluar..tapi hati mama tetap sedih..Takut dia ada apa2..Bila tidak keluarkan takut dia mengalami masalah pendengaran lah pulak..Nanti lagi mama menyesal kemudian hari..entahlah..Kalau lah boleh dipindahkan sakit itu, pindahkanlah dengan mama..mama sedih betul..


RAWATAN UNTUK TAHI TELINGA KERAS / TERSUMBAT
a) Ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga (contohnya SOLUWAX) dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Bagaimana kalau tahi telinga masih lagi keras walaupun sudah habis sebotol ubat cair tahi telinga digunakan?Jangan risau.pergilah berjumpa dengan doktor. Biasanya ubat cair tahi telinga akan diberikan semula sekali lagi sehinggalah tahi telinga menjadi lembut.

b) Doktor juga akan menggunakan sejenis kaedah konvensional untuk merawat tahi telinga keras dengan cara memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari.

c) Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.


Semalam ke Klinik cek telinga yg tersumbat hari tu..Alhamdullilah..Doktor sudah conformkan semua sudah ok seperti sedia kala..Syukur..Namun Twin Manja pulak sakit batuk dan tonsil bengkak..Akibatnya mama sambung tugas balik jadi Mak Guard berjaga malam..:)


Buah hati mama..Wiwin Eiman..


Jantung Mama..Wiwin Manja..


Ni pulak ayam goreng kesukaan anak-anak mama..Ayam Goreng Specil tau..Sampai tahap anak kazen mama cakap.." Ayam Goreng Rumah Ipan Paling Sedap.."..@_@

RESEPI AYAM SPECIL TWIN EUSOFF..

Ayam Ni diperap bersama bawang putih ( banyak sikit ), bawang merah , halia , serai dan kunyit yang mama tumbuk halus..Tambah sedikit garam ketika memerap ..Sebalum digoreng, mama salut dengan tepung ala- ala kfc..Jika mahu buat tepung kfc homemade boleh juga..mixkan sahaja tepung bersama serbuk kunyit, kari, lada putih @ hitam..Mama menyalut TANPA guna telur untuk elak ia menakung minyak yang banyak..Lepas tu goreng seperti biasa...





Eiman Yang Suka Makan Ayam Goreng Specil dikala sedang sakit..

Doaku agar semua sembuh seperti sedia kala..

Wednesday, October 10, 2012

Muffin Puding Roti BerKeju


Salam Rabu ..Salam manis untuk semua gojes momies sekalian alam.Ho..Ho..Hari ni hari yang sungguh buat mama susah hati sebab Twin Eiman mama yg ensem batuk berkahak semalam..muntah dua kali ketika tidur amat menyusahkan hati mama sepanjang hari..Ni updatekan blog sebab dia dah ok sikit lepas neb di emergency tadi..Dengan keadaan kahak yang merisaukan, Eiman start kurang makan..Ni mama tetiba banyak entri makanan baby sebab mau dia makan lebih..



Tara..
Muffin Puding Roti ni boleh diberikan sebagai bekpes atau minum petang anak anda seawal 10 bulan yg telah lulus ujian telur secara cemerlang..Ho..Ho..


Ekceli ni resepi puding roti yang mama ubah jadi nama Muffin depan dia sebab mama masak dimesin muffin yang lama sudah tersadai  jadi batu belah batu bertangkup..

Mula-mula mama rendam jak roti paun bersama susu si kembar..


Pecahkan sebiji telur..Ops..dalam gambar ni mama pecahkan sebiji tapi dapat twin dalam dia..Ems..apa tanda dia tu a?? Mau dapat twin kah lagi tu??? Oh..Oh...@_@

Mama hancurkan 2 biji pisang yang masak ranum dan sedikit parutan cheddar chez sebagai penyedap rasa puding roti ini..


Gaulkan..


Biarkan kembang..


Em..Ems..ni saja mau tunjuk gadget kegilaan mama..Masa baru beli semangat mau memapinkan diri sungguh kuat..Bila sudah depan mata..Jadi batu belah batu bertangkup..So, kira ini adalah resepi pertama mama guna gadget mama yg comel, kiut, miut, dan sewaktu denganya..Gadget yang mama letak bawah almari kabinet agar bapa Ipan tidak nampak!!!


Pinky hokey..


Masukkan adunan puding dan tabur cheddar chez yg disangat halus..


Tara!!
Comel ..Dan paling best mupin ni siap dalam masa 5 minit sajo..


Snap dari dekat..Abaikan kehangusan chez dihujung sana..


Ipan dan Eiman yang tersangatlah baik bawa piring kuar dan mamam atas tilam..



Selamat Mencuba!!!!

Monday, October 8, 2012

Bubur Udang Segera


Salam manis di pagi Senin!!!Entry kali ni mama mau share buat bubur segera yang senang, mudah dan of coz mestilah 100% homemade..Ni buat bubur sebab semalam bapa Ipan minta buatkan bubur kosong memandangkan dia tidak enak badan gitew..So sekali gus merangkap makan malam kami-kami semua dalam rumah ni..

* Resepi bubur ini sesuai untuk bayi umur 1 tahun ke atas dan tiada alahan terhadap makanan laut*
*Jika anda baru perkenalkan udang dalam resepi bayi anda, pastikan anda mengikut 4 Day Rules untuk melihat kesan alergik terhadap bayi anda *


Tara..


Mula-mula mama tanak beras di kuali..biarkan ia pecah sambil kita buat bumbu udang disebelahnya..


Tumis hirisan bawang merah, putih, halia dan sup bunjut berserta rempah 4 sekawan..



Bila sudah masak dan naik bau, masukkan udang segar dan lobak yg dipotong dadu secara kecil agar cepat masak ..


Bila sudah sebati, masukkan campuran udang yang ditumis itu ke dalam bubur kosong yang kita tanak disebelahnya tadi..Gaulkan lagi sebati bubur dan campuran udang tadi..Jika untuk hidangan bayi 2 tahun kebawah, tidak perlu lah letak garam..Memandaangkan kembar dan Ipan lebih 2 tahun, mama letakkan sedikit garam sahaja..



Siap untuk dihidangkan dan rasanya enak sekali..

( Kembar dan Ipan 2 kali tambah setiap orang..Tidak sia-sia mama masak di malam hari )

* Nota : Anda boleh letakkan taburan bilis yang disangai di atas bubur untuk memberikan rasa yang lebih enak jika bayi anda berumur 2 tahun kebawah..Jika ikan bilis tiada dalam stok anda, hirisan celery memberikan rasa masin secara semulajadi tanpa anda menambah sebarang garam dalam hidangan bubur ini.

Wednesday, October 3, 2012

Makanan Pertama Bayi Yang Sesuai







AVOCADO SESUAI DIJADIKAN MAKANAN BAYI.


Sedia maklum bayi boleh diberi makan apabila umurnya mencecah 6 bulan. World Health Organization (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan bayi dibawah 6 bulan hanya diberi susu ibu.

Mengenai makanan pertama bayi, ramai ibu-ibu mungkin tertanya-tanya “Apakah makanan pertama yang terbaik bagi bayi?” Banyak makanan yang terbaik buat bayi yang baru
mula makan antaranya adalah buah Avokado. Avokado yang dilecek bersama susu ibu (Atau susu formula bagi bayi yang menyusu formula) adalah sangat sesuai dijadikan makanan pertama bayi kerana tekstrurnya halus dan rasanya yang berlemak. Ia sesuai bagi bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.

Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C, E dan K serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium. Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta.

Info mengenai Avokado :
• Jika teringin membeli avokado, pastikan anda memilih buah yang kulitnya berwarna gelap kerana ia sudah boleh dimakan.
• Pilih avokado yang disusun di bahagian paling hadapan.
• Jangan cucuk atau picit avokado menggunakan hujung jari, sebaliknya jika anda ingin mengetahui isinya sudah lembut, anda boleh mengepal avokado dengan tapak tangan.
• Avocado enak dijadikan jus, salad atau dimakan dengan manisan.
• Isi avokado juga boleh dijadikan sos atau bahan pemekat dalam kuah.

Kandungan yang terdapat di dalam 100 gram Avokado :
• Karbohidrat 8.53 g
• Gula 0.66 g
• Dietary fiber 6.7 g
• Lemak 14.66 g
• Protein 2 g
• Thiamine (Vit. B1) 0.067 mg (5%)
• Riboflavin (Vit. B2) 0.130 mg (9%)
• Niacin (Vit. B3) 1.738 mg (12%)
• Pantothenic acid (B5) 1.389 mg (28%)
• Vitamin B6 0.257 mg (20%)
• Folate (Vit. B9) 81 μg (20%)
• Vitamin C 10 mg (17%)
• Calcium 12 mg (1%)
• Iron 0.55 mg (4%)
• Magnesium 29 mg (8%)
• Phosphorus 52 mg (7%)
• Potassium 485 mg (10%)
• Zinc 0.64 mg (6%)



Cara mengeluarkan isi avacado dengan mudah


Cara memeram avacado agar cepat masak..

* Sumber : Nota HSFFYB @ FB..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...