Berehat Sebentar Bersama

Sunday, August 5, 2012

Kerabu Mangga Bilis

Salam Ramadan ke 16...Wah..cepat sungguh masa berlalu..sudah 1/2 bulan Ramadhan ni kita lalui..Setiap hari pening fikir masak apa..Last2 kemarin mama buat sajo kerabu mangga yg simple dimple namun mabelez di lidah mama yg memang gilak makan kerabu mangga..

Tara....



Mula sediakan bahan2 mentah iaitu mangga muda yg disanggat, bilis yg digoreng, hirisan bawang merah, hirisan cili jika mahu pedas , hirisan lada merah dan hirisan Bunga Kantan sebagai aroma yg utama dalam kerabu ini..



Kita gaulkan semua bahan sekali bersama sedikit gula, garam dan belacan ( JIKA MAHU)..
Jika mahu rasa kerabu yg lebih pedas, tambahkan sahaja cili ikut kesukaan anda...
Dan Last sekali bila rasa dah ok, tambahkan titisan Olivenol Essense dalam kerabu tadi dan gaulkan lagi ..


Sedia untuk dihidang bersama lauk yg lain..Sedap sehingga mama terpaksa menambah nasi untuk kesekian kalinya....Habis diet mama dibulan ini...

Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...