Berehat Sebentar Bersama

Saturday, January 7, 2012

Pankek Coklat


Salam..

Kali ni mama buat minum petang lepas kembar makan nasi jam 4 petang tadi,,

Resepi ni nampak dekat blog tukang masa hebat Iza..

Apa yang Best ialah Iza punya pankek semua cantik dan menyelerakan disamping byk lagi pankek yang kita  boleh bagi kepada baby dimana sungguh sihat..contohnya pankek oat..

Tq Iza sbb sudi kongsi resepi yang best ini..


Pankek Coklat yg sedap biarpun bentuk dan rupa fail..ha...ha...



Bahan:

PANKEK COKLAT 



Bahan-Bahan :
200 gm tepung superfine/tpg gandum *
10 gm serbuk koko*
1/2 sdb serbuk penaik* (*ayakkan)
30 gm gula kastor
210 ml susu cair/air ( Ganti susu cair kepada susu FM)
30 gm marjerin,dicairkan
100 gm putih telur (4 biji putih telur B)
1/2 sdt garam


Cara Penyediaan :
  Masukkan susu cair dan marjerin cair ke dalam bahan yang diayak tadi sedikit-sedikit sambil digaul rata. Ketepikan.
  Pukul putih telur bersama garam selama 1 minit, tambahkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi selama 4 minit.
  Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata.
  Panaskan kuali leper anti lekat.Tuangkan 4 sdb adunan ke dalam kuali. Biarkan hingga masak kemudian terbalikkan untuk masak bahagian sebelah lagi. Biar sekejap hingga masak. Angkat.
  Buat seperti ini sehingga semua adunan habis di guna.
  Hidang bersama madu atau sos pilihan masing-masing.

# Kuali tak perlu disapu minyak/marjerin ketika hendak memasak pancake.



Oleh kerana saya hanya buat sebagai jajan hari ni, saya kurangkan semua sukatan jadi separuh sahaja..

Ni tepung dan serbuk koko yang saya ayak bersama..
Masa ni guan tepung kek sbb mama malas mau cari serbuk penaik..


Mama guna botol kembar sukat air dan terus tambah 3 susu  FM..




Masukkan butter yg dicairkan dan susu FM yg dibancuh tadi..



Mama guna handblander kembangkan putih telur ni sbb mama x ada mixer..
Tambah sikit gula..incase bby dibawah setahun x perlu tambah pun ok sbb susu bby sudah cukup buat penkek ini sedap..






Selamat mencuba!!!

1 comment:

  1. Assalam Fara,
    Dah cantik la tu fara takde fail lah. Terima kasih sudi mencuba resepi dr blog iza. Alhamdulillah, suka iza dengar pankek coklat ni kena dgn citarasa fara n anak2. Thanks for mentioning my name there...n backlink to my blog..;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...