Berehat Sebentar Bersama

Saturday, January 14, 2012

Baby Roti John


Salam...

Kali ni adalah resepi terjun sbb mau selamatkan roti foc kfc..

Dari sayang dibuang begitu saja, mama olah kepada lebih berkhasiat dan sedap dimakan seisi keluarga..

( Resepi ini diberikan seawal bby 1tahun ke atas)


Mula-mula, kita belah dua dua roti ni..


Telur dibancuh bersama lobak yg disangat halus,  isi ayam yang telah masak yang siap dicarikkan ( ada lebih isi  ayam goreng), sedikit taburan parmesan chez, hirisan celery..tp kalo mau betul-betul sedap hirisan daun sup akan membuatkan roti ini lebih maveles..

( Sesiapa yg rajin dan mempunyai stok puree yg banyak, campuran puree seperti peas, jagung, brocoli pun boleh ditambah)

Jika anda seorg yg suka aroma yg lebih hebat, semua bahan ini anda blander bersama 2-3 ulas bawang putih..


Letakkan isi telur yang dicampur itu di atas roti ..


Mama goreng dgn penggunaan minyak yg sangat minima sbb menggunakan kuali non stik..
Tunggu hingga kekuningan dan angkat..



Ini rupanya jika sudah siap digoreng..
Jika utk hidangan dewasa, bolehlah  letak mayo dan sos..



Masa ni mama mau hidang utk budak otomen 3 orang tu..So tekap sahaja bersama Cheddar chez pun buat roti ini enak dan sangat lazat dimakan begitu sahaja,,,

Selamat mencuba..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...