Sempena Hari ke 14 kita berpuasa, angin rajin ku datang utk buat nasi minyak hujan panas lepas tengok di blog Farah Rahim...Cara dia ambil gambar, betul2 buat aku berliur..
Dan memang x sia2 aku buat, ...
.
.
Ipan makan byk ba...;)
Bapa Ipan? Habis 2 piring nasi...he..he..
Tq to Farah Rahim @ http://yokmakan.blogspot.com kerana sudi berkogsi resepi yg sedap nie..
Disini ada aku ambil resepinya..
BAHAN-BAHANNYA :
4 cawan beras basmathi, rendam dengan 1 sudu kecil cuka (saya rendam nak dekat sejam huhuhu)
(Pakai Beras Moghul Faiza sebab semua kata bagus dan panjaaaaaang hehehe)
1 cawan susu low fat
4 cawan air
1/4 cawan minyak jagung
4 camca besar minyak sapi
1 labu bawang besar, potong 4
5 bijih bawang ros dihiris
2 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih
4 cm halia
2 camca teh garam
Secubit gula
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning, hijau dan merah
CARA MEMBUATNYA :
Bawang putih dan halia ditumbuk
Panaskan minyak jagung dan minyak sapi.
(Saya tenggekkan aja periuk nasi atas dapur, tapi kalau tak nak boleh la juga periuk lain)
Tumis rempah tumis, hirisan bawang ros dan bawang besar hingga harum dan bawang layu.
Masukkan bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk. Tumis lagi.
Masukkan beras. Kacau tapi jgn terlalu kacau sgt nanti beras dia patah2
Tuang air dan masukkan susu low fat milk, garam dan secubit gula.
Masukkan simpulan daun pandan (kalau takde kadang2 saya titiskan essen pandan sikit - sama efek)
Masa ni dah boleh "transfer" dan tuang dalam rice cooker, kacau rata dan masak seperti biasa - kalau nak masak dalam rice cooker
Cara nak dapatkan efek warna merah/hijau/kuning pada nasi
Saya tuang sedikit warna tu dalam gelas. Lepas tu celupkan chopstick dalam tu dan cucuk kat nasi tu.
Cuba juga cara "buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning, hijau dan merah" tapi cam tak berapa nak menjadi.
Selepas itu gemburkan perlahan menggunakan garfu, lagi sekali jangan terlalu kacau takut nasi patah2 tak cantik. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun sup/bawang dan gajus sebelum menghidang.

Nie hasilnya...
Tumis bhn2..aku x minyak jagung..guna jak la minyak memasak di dapur yg ada..
Masukkan beras yg telah ku rendam 1jam tue..
Masuk air dan susu cair..Aku x susu segar ba..Antam jak la ya..
Last masuk sikit garam, gula dan perasa ...ops..daun pandan juga...
Bila sudah masak, cucuk guna copstik di atas nasi..Nasib x baik, aku cuma ada warna kuning dan merah jak di rumah..warna hijo, entah lupa letak dimana..he..he..Versi warna x lengkap..;)
Aku gaul guna gerpu...ikut ckp empunya resepi..takut beras patah..he..he..
Snap dekat sikit utk menampakkan warna pada nasi minyak kue ini..
Tara..Sedap betul nie nasi minyak..makan dgn papadom..X sedar aku menambah 2 kali ba..
Cuba ..jangan ndak cuba....
fara.. ayamnya tue ko masak apa? sedapnya
ReplyDelete