Berehat Sebentar Bersama

Monday, December 16, 2013

Cuti 2013 Part 4 @ WildLife Lok Kawi


Assalamualaikum..Salam manis..Ni kenangan bawa budak2 ni ke zoo mini di Lok Kawi..Masa datang ni memang terkena hujung minggu..Menang ramai betul pelawat terutama kanak2 sekolah yang teruja melihat hidupan liar..



Bawa mak Maryam dan Cik Teem..Perjalanan yang tidak terancang..


Macam biasa mama akan mengupah adik mama yang bungsu mengawal budak kembar..


Sampai saja disana secara tidak sengaja train tengah menunggu pelawat memenuhi ruangan..Terus kami semua kalang kabut masuk  dan memenuhi kuota untuk train ini untuk berjalan..


Semua budak2 eksited sebab naik "Thomas"..


Mak Maryam yang eksited macam mama juga..Ho..Ho..


Antara pemandangan awal bila train ini mula bergerak..




Ni gambar orang hape tunggu persembahan binatang ..Show ni bermula dalam jam 11.30 a.m.
So kepada sesiapa mau ke sini pastikan anda sampai sebelum show bermula..



Train ni akan bawa anda dari satu destinasi ke satu destanasi..
Kira paling bagus untuk orang macam kami yang bawa ank sekapal ni..ha..ha..
Muka orang eksited tengok baby monkey..



Burung Unta..



Pakcik Yul jadi Volunteer..
Kembar paling eksited tengok ni.
"mama..Angry Birds!!!!"




Muka mau naik train lagi..





Maryam pon sama..Mau naik train lagi..ha...ha...


Lepas dari wild Life ni budak2 semua kelaparan..Balik dan makan lah kami..
Ada rezeki bawa budak2 datang lagi..

Tuesday, December 10, 2013

Selamat Hari Jadi ..Semoga Allah SWT tempatkan engkau bersama orang yang Beriman..


Hari ni tepatlah 21 tahun umur sepupu mama yang kembali ke Rahmatullah semalam..Suatu khabar tidak terlintas pon dalam fikiran..Seorang anak yang taat kepada ibu bapa, hormat keluarga dan paling penting taat perintahNya..Disaat aku menaip entri ini..aku memang tidak dapat mengawal perasaan sedih. Tiap titisan air mata ini amat menyakitkan.Namun aku peringatkan diri mungkin inilah janji arwah kepada Allah SWT..Sedih yang tidak dapat aku ungkapkan biarpon arwah sepupu aku.Rupanya raya tahun ni adalah pertemuan akhir aku dengan arwah..Dakapan akhir dan angpow terakhir aku berikan .Ya Allah, tempatkan lah arwah dikalangan orang yang Engkau Rahmati..




Thursday, December 5, 2013

Biskut Mur Simple Dimple


Salam manis..kali ni mama updatekan sedikit resepi kesukaan mama iaitu Biskut Mur Acil Kantin..Ha...ha...Sejarah mama buat ni biskut sebab kepingin betul mau makan..So kuatkan hati buat sebab mana ada dijual kalo bukan musim raya..Mau tunggu raya, sempatlah mama kempunan..ha..ha...


Dalam resepi yang simple ni mama perlukan :

*  2 buku butter brand Golden Churn
*2 biji kuning telur
 * tepung secukupnya


 mula-mula kacau saja butter dan kuning telur..tidak perlu guna mixer..kacau saja guna sudu makan tu..then masukkan tepung sikit-sikit sehingga tepung menjadi doh..Bila doh tidak melekat di tapak tangan, ertinya doh sudah sedia untuk dibulatkan..



Tara..Sedia dibakar..Abaikan bentuk yang pelbagai..ni level malas ba..Yang penting siap saja..

Bila dah siap bakar dan sejukan hingga ia suam..then bolehlah diulit dengan gula yang diblender halus...


Tips untuk mendapatkan balutan yang cantik dan kemas..pastikan biskut diulit dengan gula tiga kali..
contoh :
ulit biskut jam 8.00..then rehatkan 5 minit..
ulit lagi 8.05 dan rehatkan lagi 5 minit
ulit lagi jam 8.10...habis...




Tara..Sedap dan senang gilak O.o


Selamat mencuba!!!!

Wednesday, December 4, 2013

Tutorial Smecc Lapis Chez Blueberry


Salam Rabu yang penuh kepeningan..Ni tengah rest setelah Manja tantrum berjam lamanya..Peningnya Allah sahaja tahu..Dengan keadaan tiada orang gaji dan laki menambahkan lagi level kesengsaraan aku kala ni..Disini updatekan step by step buat kek choch berlapis chez ini..Disebabkan ramai yang request mau buat ni kek so mama bagilah langkah2 bergambar..Resepi ni memang ambil dari blog Dayang Jack yang cantik jelita..Makasih Dayang...


Ni bahan2 buat lapisan coklat tanpa telur tapi gebus tau..

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE





Bahan-bahan : loyang bulat 6"/7"


·                     1 cawan tepung gandum (*akak guna superfine flour)
·                     1 sudu kecil baking powder
·                     1/2 sudu kecil soda bikarbonat
·                     1/2 cawan serbuk koko (*akak guna Van Houten)
·                     2 sudu besar susu tepung
·                     1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
·                     1 cawan gula perang (*akak kurangkan sikit)
·                     1 sudu kecil esen vanilla
·                     1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
·                     secubit garam
·                     1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (*akak guna minyak jagung)
·                     1 sudu kecil cuka atau jus lemon (*akak guna jus lemon)

Cara-cara :

1.                   Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

2.            Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3.            Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4.            Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.





Rupa sebelum tambaj jus atau cuka..


Rupa lepas tambah cuka atau jus lemon..Ia akan secara automatik jadi sebati dan cantik..
Adunan tadi bahagikan sama rata kepada dua bahagian..


Kukus kan dahulu separuh adunan coklat dalam 15 minit..!/2 lagi simpan untuk lapisan atas kek..

Sementara menunggu lapisan coklat masak, blendkan dahulu adunan chez..


Lapisan Keju :
  • 300g krim keju (pada suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • 60g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung gandum
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 


Sumbat jak semua bahan dan blend hingga sebati..


Selepas tuang adunan chez, terus dropkan bluebbry atas adunan chez tadi..then tutup dan kukus lagi selama 15 minit


Rupa adunan chez yang masak di kukus..
Langkah akhir masukkan lagi separuh adunan coklat yang kita tinggalkan tadi..Kukuskan lagi 15 minit..


Siap sepenuhnya..
Selamat mencuba!!!

Tuesday, December 3, 2013

Cuti 2013 Part 3 @ Beringgis Resort


Salam petang rabu..Hujan lebat di putatan ni mama updatekan sikit gambar kenangan melawat kawan mama yang stay di Beringgis Resort..Memandangkan rumah dengan resort dekat so jenguklah sekejap,,



Seorang satu kembar mama dijaga oleh bapa mama dan pakcik mama yang datang dari kampung..



Jumpa Cik Teem yang montel lagi..



Eksited tengok laut..



Maryam dari jauh..


Muka hape gilak..




Ipan dan Maryam main sand sama2..Ni budak duarang memang senang di kawal..










Manja..


Terpaksa balik awal sebab hujan renyai..Kembar tanrum dengan teruk sebab tidak mahu balik..Ekceli mama sengaja durang rasa pasir sebagai satu traetment untuk Adhd durang ni..tapi orang tua masih berpegang teguh tidak boleh mandi pantai..So terpaksa juga kami balik petang tu..Terima kasih buat mama Maryam sebab sudi memahami masalah kembar..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...