Berehat Sebentar Bersama

Sunday, July 29, 2012

Puding Biskut Marie


Salam Ramadhan ke 8..Salam manis kepada semua..Mama kali ni mau share satu resepi yg mama cedok dari Rahel..Terima Kasih Rahel kerana sudi berkongsi resepi yg simple tapi tetap mantop...Jika ingin mencuba resepi ini, pastikan anak anda berumur 2 tahun ke atas sebab ada penggunaan biskut marie..

Tara...

  
Sangat sedap dihidang sebagai pencuci mulut dan yang paling best bila ditambah bersama buah campur..

 Mula2 sediakan...
* beberapa keping biskut marie,
* gula 1/2 cawan ( mama replace dengan organic raw cane sugar )
*4 sudu besar tepung kastard ( mama replace tepung jagung sbb tepung kastard mengandungi coloring yg tidak baik utk kesihatan anak2 mama yg ada ekzema) (jika ingin guna tepung jagung kurangkan kepada 2 1/2 sudu sahaja)
*3 cawan santan ( mama replace guna susu segar )
*2 sudu susu pekat manis ( mama tidak letak pun sbb sudah manis ni)
*1 biji telur
* 1-2 titis esen vanilla jika mahu



Mula2 kita blend biskut marie dan 1 cwn susu, telur sehingga halus


Tuang selebih susu ( 2 cwn ), tepung jagung yg dicairkan dulu guna sedikit air agar tidak berketul, dan susu pekat jika mahu..


Masukkan Olivenol Essense

( Ni supplement utk sakit kaki mama dan ekzema kembar )


Tanakkan sehingga ia pekat..
Jika anda menggunakan tepung kastard, warna kekuningan dan bau yg enak akan terhasil..
Namun jika anda menggunakan tepung jagung, warna kecoklatan akan terhasil seperti dalam gambar ini..


Tuangkan ke bekas acuan yg anda ada..
Ni adalah bekas aiskrim nenek kembar dulu-dulu..Sangat nostalgia design acuan ni ba kan..


Sejukkan..



Hias bersama buah campur..Ni mama sengaja letak fresh cream utk kembar eksited bila makan nanti..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...