Berehat Sebentar Bersama

Wednesday, December 4, 2013

Tutorial Smecc Lapis Chez Blueberry


Salam Rabu yang penuh kepeningan..Ni tengah rest setelah Manja tantrum berjam lamanya..Peningnya Allah sahaja tahu..Dengan keadaan tiada orang gaji dan laki menambahkan lagi level kesengsaraan aku kala ni..Disini updatekan step by step buat kek choch berlapis chez ini..Disebabkan ramai yang request mau buat ni kek so mama bagilah langkah2 bergambar..Resepi ni memang ambil dari blog Dayang Jack yang cantik jelita..Makasih Dayang...


Ni bahan2 buat lapisan coklat tanpa telur tapi gebus tau..

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE





Bahan-bahan : loyang bulat 6"/7"


·                     1 cawan tepung gandum (*akak guna superfine flour)
·                     1 sudu kecil baking powder
·                     1/2 sudu kecil soda bikarbonat
·                     1/2 cawan serbuk koko (*akak guna Van Houten)
·                     2 sudu besar susu tepung
·                     1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
·                     1 cawan gula perang (*akak kurangkan sikit)
·                     1 sudu kecil esen vanilla
·                     1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
·                     secubit garam
·                     1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (*akak guna minyak jagung)
·                     1 sudu kecil cuka atau jus lemon (*akak guna jus lemon)

Cara-cara :

1.                   Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

2.            Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3.            Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4.            Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.





Rupa sebelum tambaj jus atau cuka..


Rupa lepas tambah cuka atau jus lemon..Ia akan secara automatik jadi sebati dan cantik..
Adunan tadi bahagikan sama rata kepada dua bahagian..


Kukus kan dahulu separuh adunan coklat dalam 15 minit..!/2 lagi simpan untuk lapisan atas kek..

Sementara menunggu lapisan coklat masak, blendkan dahulu adunan chez..


Lapisan Keju :
  • 300g krim keju (pada suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • 60g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung gandum
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 


Sumbat jak semua bahan dan blend hingga sebati..


Selepas tuang adunan chez, terus dropkan bluebbry atas adunan chez tadi..then tutup dan kukus lagi selama 15 minit


Rupa adunan chez yang masak di kukus..
Langkah akhir masukkan lagi separuh adunan coklat yang kita tinggalkan tadi..Kukuskan lagi 15 minit..


Siap sepenuhnya..
Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...