Berehat Sebentar Bersama

Tuesday, August 18, 2015

SINAR HARAPAN MAMA...


Salam manis...salam mesra..salam comels...Kali ni mama mau abadikan satu perjuangan yang baru bermula bagi mama..Sesiapa pun akan sedih bila diberitahu anak anda tidak senormal anak orang lain..Tapi kali ni mama dah kering hati..Tidak mahu menangis..tidak mahu menoleh..Bangun dan teruskan perjuangan ke sisa nafas mama yang terakhir..Banyak yang mama pendam. Cuba tersenyum biarpun pahit. Sakit hati??? Jangan sebut la..memang ada juga..tapi bukan kepada Allah SWT tetapi kepada manusia yang bergelar cikgu..tak apa nak, guru di bandar tidak mahu terima guru luar bandar macam mama yang akan terima kekurangan murid macam kamu...Rasa nak marah pun ada , tapi rasa hormat kepada insan bergelar guru buat mama pendam kan hati..Tiada peraturan di Malaysia kamu boleh buang sekolah budak kurang dari 2 jam..Tahniah..tahniah..sebab anda seorg guru besar yang mempertahan kepentingan guru anda dari masa depan murid yang belum pasti..Saya akan ingat semua itu seumur hidup ini..* Ingat untuk ibu2 diluar sana, selagi tiada surat dari pakar yang menyatakan anak anda perlu ke sekolah khas, sesebuah sekolah tidak boleh membuang anak anda sesuka hati, menidakkan hak mendapat pelajaran yang sama rata .Namun kes saya , saya adalah guru dan faham yang cuba disampaikan oleh guru besar tersebut. Tahniah PPD daerah yang kononnya NGAH tapi tewas menyebarkan hak pendidikan sama rata ke semua guru dan guru besar yang ada..

Dipendekkan cerita, setelah di didiagnosis oleh pakar , Eiman dan Eidlan mempunyai masalah tidak focus dan Asperger. Jadi bermulalah episod mama ke 3 pakar tiap2 bulan. Doktor bagi masa 1 tahun untuk pulihkan masalah focus mereka.


 Tempat Eiman Eidaln akan mendapatkan terapi..



Bersama terapis yang sangat baik hati banyak bagi mama tips yang berguna..


Di atas bapa tua yang jadi terapis dirumah..Dulu tidak tahu pun yg menulis tiarap ni sangat baik untuk kuatkan bahu dan lengan. Bulan ni doktor bagi mama cuba untuk mereka duduk 2minit..Alhamdulilah..dah lebih 2 minit..dah boleh mengaji biarpun tak sampai 30 minit..tapi ada peningkatan..Selain itu, mama ada cuba melabur dalam penggunaan essential oil untuk masalah adhd mereka ni..ada nampak mereka dah tenang sikit dari dulu..Yang paling comel tu mereka akan minta urut sebelum tidur.Dah pandai minta urut sebelum ke sekolah..Rasa comel pun ada..ha..ha..ha....Mama berdoa agar Allah memberikan mama kesihatan untuk mengikuti sesi urutan bagi mereka akan datang.. Inshallah...Doakan mama dari kejauhan..

2 comments:

  1. Insyallah.. .Anak2 syurga ini akan pulih dan jadi seperti anak2 normal yg lain.... Mama sabar yer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...