Berehat Sebentar Bersama

Sunday, August 2, 2015

Blanded Kuah Satay


Assalamualaikum...salam Ahad yang manis..salam aidil Fitri..Hari ni mama sepatutnya sambut harijadi kembar kecik 1tahun...cepatnya masa berlalu...disebabkan mama sakit macam2 hingga hari ni, mama updatekan resepi kuah satay yg simple dan konpom jadi..Untuk adik2 yg tidak tahu, nak belajar tapi nak konpom jadi bolehlah ikut resepi kakak ni..senang banget tau..Sebab mama masa umur 12 tahun dah dipaksa rela membuat kuah ni oleh nenek ipan...masa tu memang geram jangan sebut..sedap2 main getah dipanggil buat kuah satay...Rupanya besar rahmatnya hingga kini..Perawan dan cewek2 diluar sana , jangan pandai berselfie saja, nanti mertua test buat kuah satay baru tertunggang cari resepi...Haaaaha...masa tu semua baru sibuk2 google cari resepi..Tapi mostly resepi diluar memang remeh.Bahan pun banyak tiada dalam rumah. Dengan resepi mama share ni, anda perlu ada kacang yang digoreng dan blander..rasa????memang sedap...Muka????Kuah ni memang cantik..rahsiah???? Serbuk kari...yokkkkkk, cuba kuah satay mama ni..bolehlah showoff sama boyfren kamu...untuk yang dah anak 2 , 3, 5,...tak pandai2 lagi buat tu try la..Cik Somi pasti tersenyum lebar hasilnya ..Jadi boleh lah minta duit beli gajah putih yerrrr,,,ho,,,ho,,,



Ni hasil mesti tunjuk untuk naikkan semangat kamu semua untuk mencuba...Masa ni mama tiada ketupat mau dimakan bersama..bread pun sedap ni...Gasak jak lah..


Benda pertama kamu mesti buat, sediakan air asam jawa dan serbuk kari yang dibancuh air panas.Mau pedas kamu letak banyak sikit la..Mau cantik lagi masukkan sekali sili boh dalam tu.



Di atas ni kacang tanah yang mama dah goreng..Kulit tu kamu remas2 saja asal hilang sikit jak kulitnya..tidak payah skema sampai semua pun kulit dikupas. Sumbat dalam blander..


Isikan air sampai takat mau atas blander..Jangan lah penuh, nanti terhambur air keluar. Blander seperti biasa..Mau rasa kacang berbiji2, kamu blend sekejap saja.Mau yang halus kamu blend lama sikit.Yang penting kekasaran kuah ikut lidah masing-masing yaaaa...



Sumbat saja dulu kacang yang telah diblander dalam besen besar sikit.


Masukkan gula dan garam. Gaul rata sekejap. Ada yang suka pak aji bolehlah masuk masa ni juga.


Ni masukkan lagi air asam jawa yang kamu buat tadi.


Tumis bawang putih, merah dan halia. Masukkan juga serai yang dititik. Ops jangan lupa masukkan rempah tiga sekawan iaitu pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.


Bila dah naik bau, masukkan kari yang kamu telah campur air panas. Tujuan air panas campur serbuk kari tu sebenarnya untuk cepatkan kari tu masak.


Bila sudah pecah minyak masukkan air kacang yang kamu sudah blander tu.


Masakkan kuah satay hingga pecah minyak. Masa ni kamu bolehlah tambah apa2 yang kurang rasanya.Mau kencing manis kamu sumbat saja gula banyak2 di dalam tu.Mau tinggi darah kamu gasak garam sekg..ha...ha.....


Kamu ada option masa ni.Kalau mau kuah satay berintikan isi ayam kamu bolehlah goreng isi ayam ikut cara masing2. Mau inti daging kamu gorengla daging. Masa ni mama telah siapkan isi ayam yang mama goreng. Gaulkan hingga terbenam..Siap untuk dihidang dan dimakan bersama apa2 yang kamu mahu...Selamat mencuba semua.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...