Berehat Sebentar Bersama

Wednesday, May 9, 2012

Keria Labu Feat Keledek



Salam..

Petang hari ni saja buatkan anak2 mama kueh tradisional..

( Boleh diberikan utk anak seawal 10 bulan sbb ia bergoreng, jika mahu bakar pon boleh )

( salah satu Jajan yg boleh kita praktiskan kaedah BLW sbb betuk keria seperti cincin memudahkan anak anda memegangnya)

Labu Feat Keledek..ho..ho..

Ala-ala Ramlah Ram Feat Sleeq gitu..>.<

Tara....


Sangat Rangup..Ringan, gebu dan lemak berkrim secara semulajadi ..



Mula2 mama stimkan keledek kuning dan labu..


Blendkan hingga halus..


Setelah puree labu dan keledek diblend halus, tambah tepung hingga ia boleh diuli dan disambungkan..

Mama guna tepung Naik sendiri Blue key..

Boleh juga guna tepung gandum ba..

Namun, pengunaan tepung ni, akan buat keria anda gebu..

( jangan lampau banyak tepung, nanti keras..biar lembek dan benkang bengkok, sebab bila dah masak ia akan rangup dan 'terbentuk sendiri' )


Siap untuk digoreng..

( abaikan rupa keria yg bengkang bengkok tu ya.. ho..ho..)



Mama goreng menggunakan minyak jagung..


Bila dah kekuningan dan masak, automatik keria Labu + keledek ni halus dan gebu!!




 Eiman sangat suka tau..Sedap ba ni mak!!


Manja lagi suka..Makan sambil baring sambil tengok keria dipetang hari..

Untuk anak yg sangat Picky mcm twin ini, mama sangat puas hati bila seorg boleh habiskan 2 biji keria ..

Syabas Bete'

Nanti mama akan kongsikan lagi resepi Kue Badak Versi Baby ya..

Selamat membuat jajan yg sihat!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...