Berehat Sebentar Bersama

Saturday, October 29, 2011

StripWash Cd Kembar

Bagus! Sudah berCD. Sekarang kena tahu macamana nak teruskan misi menyelamat dunia dengan menjaganya pula. Untuk menjaga CD yang telah dibeli dengan mahal kena buat stripwash.

Stripwash dilakukan apabila CD kerap bocor disebabkan kadar serapan yang semakin berkurangan. Ia mungkin berlaku kerana :

1. terkumpulnya sabun pada CD atau insert semasa basuhan menggunakan WM.
2. menggunakan nappy cream tanpa dilapik dengan nappy liner
3. menggunakan bedak pada baby bum.
4. menggunakan pelembut atau softener yang melekat pada dinding WM katut... err ikut melekat pada CD.

Cara-cara melakukan stripwash:

1. Sediakan besen/baldi berisi air suam. Masukkan CD/insert yang telah dibilas. Picitkan sedikit sabun khas  CD atau kalau tak de pakai je basuh pinggan (Sunlight) pada inner CD atau boleh juga dimasukkan sedikit sabun tersebut ke dalam besen tadi.
2. Gosok-gosokkan bahagian luar dan dalam CD.
3. Bilas dengan air yang banyak untuk menghilangkan kesan sabun.
4. Basuh dengan mesin basuh tanpa sabun.
5. Jemur seperti biasa.

Tips:

1. Untuk menghilangkan bau atau memutihkan CD dan insert, boleh dimasukkan sedikit cuka dan sedikit soda bikarbonat pada bilasan terakhir.








2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...