Assalamualaikum..salam manis..salam petang..Kali ni mak rasa ada mood nak up datekan satu resepi kesukaan mama.Sup ketam..yang pastinya sup ini mmg tahap maveles rasanya..mama bagi 5 bintang..ha..ha...sebab??? Rasa ketam yang mewah dan kepekatan lebih best dari seafood yang ada di bandar tu..ha...ha...terima kasih to my sis in law yg sangup ajar mak buat sup ni..
Tara.....
Mula- mula tumis bawang putih dan rempah 4 sekawan..Bila dah naik bau dan bawang pun kekuningan masukkan air , jagung manis dalam tin dan sedikit sos tiram untuk mencantikkan rupa sup .
Lepas tu masukkan isi ketam ( isi ketam boleh beli di cold storage. Untuk yang tinggal di Tawau bolehlah beli di Tai Yang )
Biar kuah sup mendidih seketika.
Bila dah rasa betul2 mendidih , tutup api dan masukkan telur dalam 2biji sambil memusingkan sudu satu arah tanpa henti...macam di tunjukkan di atas.
Nanti bancuhan telur akan cantik dan naik pada kuah.
ketika ini bolehlah masukkan garam dan gula.
Ambil sedikit tepung jagung dan bancuh dengan sedikit air..
Masukkan ke dalam kuah sup.
Titiskan beberapa olivenol utk upkan immune sytem kita..ha..ha...ni bukan wajib, cuma saja mama masukkn dalam kuah supaya org dlm rumah ni menikmati khasiat pati zaitun ni..
Siap dan makan ketika panas..
Selamat mencuba...
sedapnya...tp mana nak cari isi ketam tu
ReplyDelete