Berehat Sebentar Bersama

Sunday, December 6, 2015

Latihan Motor Halus ( Menekan Pin )



Assalamualaikum dan salam manis semua..Hari ni mama kurang produksi sikit..lutut sudah mula berdenyut..entah silap makan dimana..atau aku yg byk makan ????haaahaaaa...
Kali ni mama mau abadikan kenangan OT mama sama si Eidlan..



Mengguna teraputi dan pin...satu aktiviti yang senang dan menyeronokkan bagi anak2 bermasalah motor halus mcm durg ni..



Objektif :


  • Meningkatkan kawalan tangan
  • Meningkatkan koordinasi mata dan tangan
  • Meningkatkan kemahiran pegangan yg betul kepada jari2
  • Meningkatkan kekuatan tangan
Pelaksanaan

  1.  perkenalkan dan tunjukkan cara memegang pakuntekanndengan pegangan 2 jari kemudian tekan ke atas tanh liat atau terapati..
  2. minta anak2 meniru  yg telah dibuat
  3. lakukan aktiviti 10 minit
Pemeringkatan

  • Gunakan lebih banyak paku tekan ataugantikan dengan menggunakan lidi yang berwarna warni
  • tambah tempoh aktivit

Selamat Ber OT dari rumah..Kejayaan tidak akan datang bergolek..Mama cuba sepositif yang mungkin..Mama yakin satu hari nanti kamu akan berjaya..lup u until jannah...

Friday, December 4, 2015

Latihan Motor Halus ( Geoboard dan Gelang Getah)


Asalamualaikum dan salam manis semua..Di cuti yang pajang kali ni mama ada sedikit masa nak ber ot dan ber st dirumah...Biar tidak mengajar apa2 pun hari ni, dapat melakukan 1 aktiviti OT dan 1 aktiviti ST pun jadilah...Kali ni mama berkongsi DIY yang mampu milik..RM2.05 sebiji...murahkan...mama beli di fanika setelah terapis durang yg cadangkan mama beli..Balik saja dari OT terus ke fanika beli 6 biji unutk aktiviti durang adik beradik..Sambil dapat melatihkan otot jari, sambil kita ST durang..ajar bentuk dan warna...perkembangkan kepada ayat baru seperti...BIG TRIANGLE, SMALL SQUARE, TWO RECTANGLE dan sebagainya...


Nampak kah durang tengak explore jari jemari disana???


Eiman agak lemah pada aktitviti ini..Tapi pada masa yang sama dia bercerita mengenai bentuk2 tersebut..So kira ST berjaya pada dia..Jangan pandang pada kegagalan yg kita lihat, pandanglah pada sudut positif yang lain..Hari lain kita boleh cuba lagi..


Objektif :


  • Meningkatkan kawalan tangan
  • Meningkatkan koordinasi mata dan tangan
  • Meningkatkan kemahiran pegangan yg betul kepada jari2
  • Meningkatkan kekuatan tangan
Pelaksanaan

  1.  perkenalkan dan tunjukkan cara meregang getah dan melekatkan getah atas papan geo
  2. minta anak2 meniru bentuk yg telah dibuat
  3. lakukan aktiviti 10 minit
Pemeringkatan

  • Gunakan getah yg kecil dan nipis permulaan kemudian kepada getah yg lebih tebal dan panjang
  • tambah tempoh aktivit



Thursday, December 3, 2015

Latihan Motor Halus ( Tali Dan Lubang )





Asalamualaikun dan selamat pagi semua..Pagi ni mama mulakan aktiviti dengan melatih lagi motor halus melaui lacing activities,,,mama tebuk sahaja board yang foc mama dapat dari seminar Autisme hari tu..Beli saja tali berwarna..suruh durang menjahit hingga habis..kebaikan aktiviti ini ialah


  • Meningkatkan kekuatan otot di jari
  • Meningkatkan koordinasi kedua2 belah tangan
  • meningkatkan koordinasi mata dan tangan
Pemeringkatan 

  • Pelbagaikan bentuk kad yg digunakan
  • Tambahkan bilangan lubang pada papan yg digunakan
  • Tambah tempoh masa aktiviti

Saturday, November 28, 2015

Sup Tenggiri Baby







Salam manis...salam hari sabtu..ha..ha..sekejap saja cuti sekolah sudah berlalu seminggu hari ni..Blog pun lama sudah bersawang..Seminggu ni mama sibuk buat alat2 homeschooling anak2 soleh dalam rumah ni..Alhamdulilah, Allah bagi kesihatan dan kekuatan menyiapkan 90 % bahan2 tersebut..Nanti mama share di lain entri ok..

Ni ada lah resepi dah hampir sebulan kembar kecik makan..Ni paling durang suka..Selain ini lah ikan yang durang tidak alergic berbanding ikan2 yang lain..Resepi campak yang sangat senang ni, mama buat sebagai menjimatkan tenaga mama yg memang malas dan makin sibuk..Sumbat segala sayur-sayuran dan kentang dalam sup ikan..ha...haaa....

Bahan2 :
* ikan tenggiri 4 potong
*bawang putih, halia dan merah dihiris, rempah 4 sekawan @ sup bunjut
*lobak, brocoli, bunga kobis, kentang, tomato yang di hiris ikut kesukaan anda.
* celery untuk dapatkan rasa masin semulajadi ataupun serbuk ikan bilis yang dikisar setelah disangai.

Cara2:

* Tumis bawang dan halia dan rempah 4 sekawan hingga naik bau ( mama prefer tumis mengunakan organic VCO)
*masukkan air dan biar mendidih
*masukkan lobak dan kentang .Biar hingga agak lembut sikit
* masukkan ikan, sayur2an dan tomato berserta perasa homemade seperti ikan bilis sangai ataupun celery..siap dihidangkan bersama nasi lembut ataupun bubur bertekstur kasar mengikut perkembangan anak anda...

Monday, October 26, 2015

Bengkel Permata Kurnia Dan Sinar Harapanku

Assalamualaikum dan salam manis...Hari ni ekceli mau ke bandar membeli beberapa alat homeskoling budak2 ni..Sebelum tu nak kongsikan beberapa gambar yang mama ambil ketika mengikuti bengkel anjuran permata kurnia bagi ibu bapa autisme....Alhamdulilah..dapat la mama mencari semnagat yang telah lama terkubur...kuat hati..mama mencari sinar disebalik kegelapan di siang hari...


Sampai saja jam 8.30 pagi mama terus ambil gambar bukti mama hadir ke bengkel Permata Kurnia yang julung kalinya di adakan di Sabah.


Sepanjang hari pertama ni kami banyak didedahkan beberapa teknik nak ajar budak2 autisme dan bermasalah pembelajaran cara bergambar..sebab kebanyakkan mereka adalah visual learner.


Ni adalah alat yang kami harus lakukan untuk aktiviti 2 prtang..Rasa tidak percaya dapat buat 5 ABM dalam masa 2 jam...haa.haaaa...Yang bestnya semua free ..bawak balik rumah dan boleh train ank2 di rumah nanti


Buku2 yang sangat membantu ibu bapa dan guru ..
Disini mereka menjual harga buku ini pada harga yang berpatutan..


  
letak depan tandas..budak2 akan perhatikan dan belajar melalui visual..


Penggunaan token board untuk mengajar budak2 lebih berdisplin dan erti sabar..
Yang bestnya, bila token dah penuh, mereka akan dapat rewards yang mereka pilih..




Semua tekun buat ABM...Doktor2 muda depan mama tu semangat tau...hiihiii


Badan2 NGO yang turut serta..


Bersama ABM mama buat pada hari pertama..

Hari seterusnya pula, kami buat beberapa lagi ABM yang memudahkan kanak2 berlatih dan bermain di rumah..Kiranya ni bolehlah mama kembangkan sebagai alat mama berhomeskoling nanti..Senang dan murah sangat..



  ABM ni sesuai untuk pengukuhan pembacaan anak2 nanti..
sesuai untuk anak2 yang telah mula membaca..Ipan dan kembar happy saja buat benda ni time mama balik dari seminar



Disini pula latihan mematcingkan huruf2..selain melatih fine motor skill ank mama iman yang sangat weak..


Latihan mengira..sambil kira sambil mama buat speech theraphy..ajar kira, ajar vocab, ajar warna sekali gus..ni pun satu kaedah untuk melatih fine motor skill Eiman..



Latihan menyurih..INi sesuai sangat untuk iman yang menpunyai masalah fine motorskill..
NI pun kami diberi dan dilaminatekan sekali..ertinya boleh pakai berkali2 kannnn...


ABM seterusnya pun best..budak2 akan memasukkan ikut bilangan dot ke dalam poket2 bernombor tersebut..Disini Eiman dan Eidlan ada masalah memasukkan kad tadi..Its ok..kita akan berlatih lagi ya...Lepas ni kita akan lebih bersemangat nak buat ABM durang ni..Harap2 mama diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan mama hingga ke nafas mama yang terakhir inshallah...Amin..

Tuesday, October 13, 2015

HOMESCHOOLING YANG TERTANGGUH...


Salam selasa yang panas...sama lah mood mama yang panas2 tahi ayam nak homeschooling kan iaurang ni..bila mau betul2 ikut jadual pun tidak tahu bila..dengan suka menaga dengan diaurang ni jangan sebut la..dengan lupus mak yang serang dah 4 kali tahu ni..tawakal saja la..

kali ni mau abadikan kenangan mengajar eirfan dan kembar membaca dan nombor pada masa yang sama...tidak canggih mana pun...buat pun asal ada..pemalas dewa mama diaurang ni..yang penting eirfan tahu megeja dan membaca hingga 20 la dulu..nanti mau paksa dia ajar baca arahan soalan lagi memandangkan tak lama dia ada saringan linus darjah 1..eishhh...apa la ipan jawab tu arrrr???stress makkkkk....




senaang kan..sediakan pun dalam 3 minit saja..melaksanakan tu rasa mau pitam pun ada..kesabaran memang ke laut...haaahhaaaa....
tapi....alhamdulilah...dapat juga ierfan tamatkan dengan jayanya..seperti biasa, manja habiskan aktiviti ni dengan pantas..bila ingat cikgu dia ckp dia konform masuk kelas paling belakang tu, adalah penawar hati sikit bila dia lakukan aktiviti ni dengan pantas dari budak tipikal yang lain..tapi itu la, focus masi lagi kurang..namun terdapat la sedikit improvement..syukur..cuba didik hati menjadi hamba yang selalu bersyukur...


aktiviti membaca warna masih fail untuk ipan..ertinya mama terpaksa ajar lagi ,,,lagi,,,..dan lagiiii
Ipan tahu semua warna, tapi mau ajar baca sambil matching ni masih fail..manja buat ni dlm masa tak sampai 1 minit..well done sayang...apa2 pun mama sayang kamu semuaaaa...muahhh


Tuesday, September 22, 2015

Petua Anak Bebas Dari Eczema

Salam manis..salam selasa yang dingin..he...he...Mempunyai anak kembar yang eczema sejak kecik membuatkan mama sangat fobia..fobia untuk beranak lagi..ha...ha...Namun perancangan Allah adalah sebaiknya..Bila disahkan mama preggy kembar lagi, mama dah terbayang semua kemungkinan yang berlaku bila babies dah keluar..Pertama eczema pada bulan ke 3 (masa ni terbayangkan zaman mama terpaksa berdiri menidurkan eiman dan manja disebabkan kulit mereka teruk ) dan asma pada bulan ke 7 dan ke atas ( terbayang2 lagi aku berlari ke athsma bay subuh2 )Belum kes broncihitis tiap2 bulan..memang mama terlalu fobia..Dari itu, guna ilmu yang sangat sedikit yang mama baca dari grup ezema di FB..Sepanjang mama prengnant hari tu memang mama amalkan makan seperti berikut bagi meminimumkan kejadian eczema dan asma pada bakal twinnies mama akan datang :




Atas ni ialah palestine organic olive oil. Mama hari2 telan minyak ni 1 sudu makan. Mama beli di fb dengan Munirah . Masa beli tu mama baru preggy 2 bulan.Hari-hari mama pening..berdebar semacam..Sekali mama cek, rupanya hb masa tu sangat rendah..7.6..Mak oiiii...terus order dari munirah dan dia bagi tips yang lain..Lepas mama consume 1 bulan hb mama naik ke bacaan 10.8...ok lah dari sebelum ni kan..before cser, bacaan hb mama maintain 12.8...cemerlang sangat..masa ni mmg jaga betul hb memandangkan mama akan dicser lagi..



Selain tu sepanjang mengandung 9 bulan ni juga, mama mesti amal minum 1 sudu vco ni.Ini amalan mama dari mengandung anak pertama.Kebaikan minum vco ni, 
1. Upkan sistem immune badan
2. melawaskan poopoo...haaahaaa..ni paling perlu disebabkan ketika mengandung mama diwajibkan makan iberet..efek iberet salah satunya ialah poopoo keras .Dengan amalan mkn 1 sudu vco ni, kita akan melancarkan proses ditandas diwaktu pagi..
3. Memudahkn melahirkan ank. Petua dia , masa mau minum tu, selawat 3 kali dan niat dalam hati " ya Allah, bagaimana licinnya minyak yg aku telan ni, begitulah licin anak aku keluar nanti"
haaa...ha....ni petua nenek Ipan bagi mama..tapi memang cepat saja beranak time Ipan . Pecah air ketuban dan 15 minit kemudian bukan dah 10 cm...alhamdulilah..


Delima...salah satu amalan mama sepanjang mengandungkan kembar bungsu ni, mama amalkan makan buah delima.Dengan kandungan asid folic yang tinggi pada buah atau jus delima, ia sangat baik untuk ibu yang hamil.



Bila selesai melahirkan anak, mama sambung makan poevoo tadi bersama vco. selain itu, mama memang langsung tidak memakaikan sebarang produk untuk mandian babies mama,,sepenuhnya dari rambut hingga lah mandi mama hanya menitiskan peovoo pada mandian babies twin kali ni..Losyen segala pun mama buang dari list.Lsyen mama juga dari poevoo ni..Hasilnya?????

1. Hampir tiada masalah kulit
2. Babies kali ni langsung tidak pernah kembung perut sbb mama jadikan amalan peovoo sebagai urutan selepas mandian dan letakkn di ubun2 beberapa titis peovoo untuk menghalau anasir2 halus yang kita tidak nampak.Alhamdulilah..kali ni, twin mama tidak perlu cari dukun segala sbb colic.haaahaaa

Hanya selepas 8 bulan barulah mama start mengguna sabun yang bebas dari bahan kimia..Moogoo..Sehingga kini mama masih bertahan menggunakan produk moogoo yang mama sangat percayai sejak zaman kembar lama lagi..Memang ia kategori mahal bagi mama, namun mama biasanya beli bila moogoo buat promosi di grup eczema.Alhamdulilah, kembar baru kali ni kulit sangat kurang bermasalah berbanding kembar eiman Manja.







Minggu pertama kembar bungsu mama dilahirkan..Alhamdulilah..


Monday, August 24, 2015

Kembar Kecil Sudah Setahun...



Assalamualaikum..di petang2 macam ni ada masa sikit..Tidak juga mau masak apa2..Suda masak sup ayam..Tu sajalah anak2 makan sampai malam ni..Kembar kecil pulak masih makan bubur campur buah2an atau sayuran saja..Kadang kalo rajin mama masakkn sedikit sumber protin macam ayam dan ikan...Tiada juga resepi bubur baru..Mostly ambil yang basic sahaja bubur + puree buahan atau sayuran..Ni umur durg cukup satu tahun..Cepatnya masa berlalu..Byk kenangan mak tidak abadikan dalam diari mama kali ni..Disebabkan byk faktor..Penat, malas, lupa, byk masalah maid dan sebagainya..Tup--tuppp....mama tinggalkan dunia blog lebih 1 tahun..Ni rajin updatekan sekarang sbb mama sakit..byk masa berehat..Doa mama Eiskandar dan Eilham jadi anak yg soleh dunia akhirat..Sori mama tiada masa mau celebrate besday kamu nak..tunggu mama sihat ya...nanti mama buat kek dari buah2an...Entri kali ni mama mau abadikan gambar kenangan sepanjang mama bersam kembar bungsu mama..Harap2 bungsu la ya..kalo mama bunting juga biar suda berikat ni, mama saman tu hospital Tawau...hooo..ho...


Eiskandar di NICU..ni hari ke 2, mama paksa diri bangun untuk bfkan dia..Mau 10 hari juga dia di wad...


Eilham sejam lepas kuar dari perut mama..Masa ni mama masih pengsan.Gambar ni datuk dia yang snap letak di FB..Ha..ha..


Hari pertama mereka bersua..


44 hari


2 bulan


4 bulan


 5 bulan














5 bulan setengah..Akikah eilham dan Eiskandar



















Kek sekadar perhiasan..selebihnya kami semua yg makan..Ho..Ho..Eskrim kek coklat..


Eiskandar  dan Eilham..Dibotakkan oleh datuk diaurang



Sayang sama kamu semua....Doa mama kamu jadi anak2 yg soleh dunia dan akhirat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...