Berehat Sebentar Bersama

Monday, February 10, 2014

Perlukah mengasingkan diri bila ada anak syurga???


Persoalan ni selalu bermain di fikiran seorang ibu yang mempunyai anak syurga..Bukan erti menjauhi masyarakat atau keluarga..Ia mengelak hati ibu semakin terluka biarpon terpaksa berdiam..Inilah luahan hati mama dan rakan2 yang mepunyai nasib yang sama..Mungkin luka itu tidak terasa bila cuma orang keliling yang mengata, namun ia amat sakit jika keluarga terdekat yang berkata dan melontarkan kata2 seolah-olah menidakkan takdir Allah swt..Apa kami perlu buat?? Kami cuma perlu bertahan dan bersabar demi anak tercinta..Kami tidak meminta rasa belas ehsan, cukup lah jangan tambahkan kesakitan di hati..Kami cuba memberikan didikan yang terbaik untuk anak2 ini..tapi kami tidak dapat mengubah takdir mereka..Mungkin adik beradik dan keluarga tidak merasa apa yang kami rasa..Ucapan dan perkataan kamu memang sangat menyakitkan hati biarpon tidak terluah..Kami bertahan sebab kami sayang anak syurga kami..kami bertahan tidak melawan sebab kamu jua darah daging dan saudara kami..Jadi tolong lah jangan tambah beban perasaan kami dengan tohmahan..Cukup..Cukup..Jika kejauhan adalah baik untuk semua pihak, kejauhan itu terpaksa saya pilih..Untuk anak syurga kami, kami tidak pernah rasa kamu adalah beban..kerana kamu kami masih bertahan hingga kini..Ya Allah, tabahkan lah hati kami..






2 comments:

  1. kenapa sis? sy follower bru so xtahu kisah ape...sorry bertanya.

    ReplyDelete
  2. salam, bagi saya, kalau berjumpa lebih menyakitkan hati dan mendatangkan dosa, tak perlu jumpa. Tapi tak perlu asingkan diri. Saya ada abang OKU. dan di usia sekarang, saya rasa dia yang merapatkan kami adik beradik. Tabahkan hati. Allah takkan uji kalau dia tahu kita tak mampu, kan? :)
    sedekah AlFatihah byk-byk kat orang tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...