Berehat Sebentar Bersama

Sunday, March 2, 2014

Doakan kami Selamat...

Assalamualaikum..lama  tidak berblog..dengan keadaan yang sangat kurang sihat, dengan kerja sekolah yang melambak banyak memang buat mak cukup stress..Dan paling tidak best dengan tekanan di sekolah yang mak benci sangat..Buat hidup kucar kacir..ha..ha..Nasib lah hutang banyak..kalo tidak memang dah mohon cuti jaga anak ..Sabar...Sabar...

Tidak terasa, mama dah melepasi minggu 16 dalam perjalanan membawa 'twin juniour' ke hulu ke hilir..Satu rezeki Allah swt yg memang tidak pernah mama terfikir..Alhamdulilah..Doakan kami selamat bertiga..





In sha Allah, mama next coming twin..Doakan kami selamat..


Ni first time bergambar sakan utk mama preggie twin..Semua baju yang comelsss ni mama beli on9 dari Butik mengandung Murah di Fb..Material sangat sedap dipakai dan apa yang mama suka ialah service paling cepat ..Ownernya pon sangat baik..Isnin Bank in, selasa dah sampai waktu petang..Jauh tu dari Kelantan ke Sabah..Tq Nur..










salam manis dari mama yang jauh dimata...

Monday, February 10, 2014

Perlukah mengasingkan diri bila ada anak syurga???


Persoalan ni selalu bermain di fikiran seorang ibu yang mempunyai anak syurga..Bukan erti menjauhi masyarakat atau keluarga..Ia mengelak hati ibu semakin terluka biarpon terpaksa berdiam..Inilah luahan hati mama dan rakan2 yang mepunyai nasib yang sama..Mungkin luka itu tidak terasa bila cuma orang keliling yang mengata, namun ia amat sakit jika keluarga terdekat yang berkata dan melontarkan kata2 seolah-olah menidakkan takdir Allah swt..Apa kami perlu buat?? Kami cuma perlu bertahan dan bersabar demi anak tercinta..Kami tidak meminta rasa belas ehsan, cukup lah jangan tambahkan kesakitan di hati..Kami cuba memberikan didikan yang terbaik untuk anak2 ini..tapi kami tidak dapat mengubah takdir mereka..Mungkin adik beradik dan keluarga tidak merasa apa yang kami rasa..Ucapan dan perkataan kamu memang sangat menyakitkan hati biarpon tidak terluah..Kami bertahan sebab kami sayang anak syurga kami..kami bertahan tidak melawan sebab kamu jua darah daging dan saudara kami..Jadi tolong lah jangan tambah beban perasaan kami dengan tohmahan..Cukup..Cukup..Jika kejauhan adalah baik untuk semua pihak, kejauhan itu terpaksa saya pilih..Untuk anak syurga kami, kami tidak pernah rasa kamu adalah beban..kerana kamu kami masih bertahan hingga kini..Ya Allah, tabahkan lah hati kami..






Monday, February 3, 2014

Bila mama ngidam tengok drama Jiwang!!

Salam manis..entah angin sengugut mana tiba2 mama gila betul tengok drama jiwang..ha..ha..Hari2 kerja mama tunggu drama jam 7.00 malam..Ariana Ros...Eish..banyak2 drama ni la 1st time mama suka tgk drama melayu..Mungkin 1st time tengok hero dan heroin sama cute..ha..ha....




Cutenya..so suweeettt..ha..ha...mama meroyan tenguk drama..Ending cite ni Ariana dan Adam Kamil ada 3 orang ank boboy..Puan producer Ziela Jalil, mama mau submit gambar anak kembar mama jadi pelakon kecil sebagai anak Ariana Ros..boleh kah tu ar??? ha..ha....






bye....

Monday, January 13, 2014

Peraturan Makan 4 Hari

Salam...Ni saja mau tambah nota pasal baby food..Untuk kegunaan di masa depan..ha..ha...Nota dari grup homemade yang pertama kali mama belajar tahun 2011...3 tahun yang lalu..Cepatnya masa berlalu..Terima kasih kerana sudi kongsi ilmu yg berguna ini..

Contoh Jadual Pemakanan Using 4 day Rule



"Peraturan Tunggu 4 Hari" adalah satu cara yang benar-benar mudah untuk memeriksa tindak balas sistem pencernaan bayi terhadap pengenalan kepada makanan baru seperti sensitiviti makanan atau alahan makanan.
Ingatlah bahawa makanan juga boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sakit perut, kembung dan sembelit. Cara mengamalkannya ialah memperkenalkan makanan baru, satu makanan pada satu masa dan berturut-turut selama 4 hari. Sebagai contoh, bayi diperkenalkan kepada avocado pada hari Isnin dan kemudian menunggu sehingga Khamis ini untuk diperkenalkan kepada makanan lain - contohnya apple. Maka pada hari Jumaat bayi boleh mencuba apple.

Apabila anda memperkenalkan makanan baru sepanjang beberapa hari, anda lebih berupaya untuk menentukan dengan tepat tindak balas sistem pencernaan bayi terhadap makanan tersebut. Ia adalah penting untuk mengikuti perintah "tunggu empat hari" apabila memperkenalkan bayi anda untuk makanan pepejal yang baru, terutamanya diperingkat awal. Ianya PALING PENTING jika anda dan / atau ahli keluarga anda mempunyai sejarah alergi makanan.

Selepas empat hari menunggu dan memperkenalkan makanan baru pada satu-satu masa juga akan membolehkan anda dengan mudah memulakan "diet pengingkiran" jika berlaku sebarang reaksi . Jika anda mengesyaki bayi anda mempunyai tindak balas kepada makanan baru, anda akan BERUPAYA MENENTUKAN makanan yang menjadi penyebabnya.


4 days pertama : 1 type of fruit (contoh apple)
5-8th day : apple (apple sauce) + bubur beras 0
9-12th day : 1 type of new fruit (contoh pear) with bubur beras 0 atau oatmeal
13day : apple sauce + pear puri + bubur beras 0 (i call this "waktu rehat" hehe)
14th day : apple sauce + pear puri + oatmeal (i call this "waktu rehat" also)
15-19th day: 1 type of new fruit (banana) + bubur beras 0 atau oatmeal
20th day : banana puri + apple sauce + bubur beras 0 atau oatmeal
21th day : banana puri + pear puri + bubur beras 0 atau oatmeal
22-25th day : 1 type of vege (contoh peas) + bubur beras 0 atau oatmeal26th day : combo apple sauce + peas puri + oatmeal ("waktu rehat")
27th day : combo apple sauce + peas puri + bubur 0 ("waktu rehat")
28-31th day : 1 type of new vege (contoh carrot) + bubur beras 0 atau oatmeal

dan seterusnya - means dalam 1st month 1 manage to intro
2 jenis grains
at least 2 jenis new fruit and 2 new vege

Credit to Grup HSFFYB Notes.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...