Salam manis..kali ni
mama updatekan sedikit resepi kesukaan mama iaitu Biskut Mur Acil
Kantin..Ha...ha...Sejarah mama buat ni biskut sebab kepingin betul mau
makan..So kuatkan hati buat sebab mana ada dijual kalo bukan musim raya..Mau
tunggu raya, sempatlah mama kempunan..ha..ha...
Dalam resepi yang simple ni mama perlukan :
*
2 buku butter brand Golden Churn
*2
biji kuning telur
* tepung secukupnya
mula-mula
kacau saja butter dan kuning telur..tidak perlu guna mixer..kacau saja guna
sudu makan tu..then masukkan tepung sikit-sikit sehingga tepung menjadi
doh..Bila doh tidak melekat di tapak tangan, ertinya doh sudah sedia untuk
dibulatkan..
Tara..Sedia
dibakar..Abaikan bentuk yang pelbagai..ni level malas ba..Yang penting siap
saja..
Bila
dah siap bakar dan sejukan hingga ia suam..then bolehlah diulit dengan gula
yang diblender halus...
Tips
untuk mendapatkan balutan yang cantik dan kemas..pastikan biskut diulit dengan
gula tiga kali..
contoh
:
ulit biskut jam 8.00..then rehatkan 5 minit..
ulit biskut jam 8.00..then rehatkan 5 minit..
ulit
lagi 8.05 dan rehatkan lagi 5 minit
ulit
lagi jam 8.10...habis...
Tara..Sedap
dan senang gilak O.o
Selamat
mencuba!!!!
No comments:
Post a Comment