Berehat Sebentar Bersama

Thursday, June 6, 2013

Kembar dapat Cacar & kudis buta..


Salam..mau sebulan mama biarkan saja blog ni tidak di updatekan..kebizian mama pulang balik KK - Tawau tiap minggu , disambung hubby umrah , kenduri kesyukuran sebab adik aku bungsu eksiden teruk dan terselamat, dan paling parah bila baru2 ni punggung Ipan hancur disebabkan kudis buta..Doktor yang merawat sempat marah sebab piara kucing.( Sebenarnya kucing tu jiran punya!!! Dan tiap kali datang rumah mesti Eiman dan Ipan berkawan dengan kucing tu!!! ).Doktor tu cakap lagi ni puncanya hama kucing..Mau tidak mahu mama terpaksa memulakan potty train Ipan..Alhamdullilah..dalam masa 2 hari sahaja Ipan betul2 berjaya dipotty trainkan..Mungkin itulah hikmahnya kan??? Twin Eiman pulak dapat kudis buta di kaki ..Tapi tidak pulak ada kesempatan ambil gambar time kena jangkitan tu..Disebabkan ubat hospital lambat mau baiki kudis ni, mama ke kedai ubat cina ( sinsang ) untuk dapatkan rawatan sebab based on experience adik aku yg pernah kena, ubat sinsang paling mujarab compare ubat hospital..Alhamdullilah..berkat aku tekun mengerjakan kaki dan punggung ipan dan Eiman, kudis tu hilang sepenuhnya dalam masa 5 hari...

Selang 2 hari lepas Eiman dan Ipan baik, twin Manja demam panas..Dijadikan cerita mama bawa ke klinik 24 jam sebab masa tu cuti umum ( Kaamatan )..Mama geram betul tu doktor, sudahlah charge mahal, dia langsung tidak sukat suhu Manja..tidak cek mulut segala ( padahal sudah bagi tau awal Manja memang selalu kes tonsil )..Dia bagi mama ubat demam, selsema dan antibiotik,,# 3 hari lepas tu baru mama perasan bintik2 merah keluar di badan dan muka Manja..Bawa lagi ke klinik lain dan doktor tu sahkan dia dapat cacar..


Hari ke 3..sapukan calamine lotion ke seluruh badan yg kena..



Hari ke 5..Ada kering sikit sudah ni..Namun Manja tetap tidak dapat fly balik ke Tawau..So mama terpaksa tangguh penerbangan sehingga Manja betul2 baik,,Nasib dapat waived dari MAS..Akibatnya Eiman dan Ipan fly ke Tawau bersama nenek durg..Yang tinggal di kampung ni hanya mama dan Manja..Harap2 cepatlah Manja baik ya...

2 comments:

  1. Salam. Banyakkan petua nk hilangkan parut ni, jgn makan kicap la, jgn kena hujan la.
    Tapi ramai jugak yg bagi testi Meal Shakes boleh hilangkan parut demam campak dan eczema. Rasanye mmg sedap, anak2 mesti suka.

    Btw, jemput join giveaway kat Blog saya :) http://bit.ly/11mV19E

    ReplyDelete
  2. hi... apa nama ubat utk kudis buta tu ya????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...