Salam Barakah dan salam manis kepada semua.Alhamdulillah..Genap Ramadan yg ke 21 hari ni, mama mau share 1 juadah pemanis mulut yg enak untuk semua..Ni gara2 mengidam mau makan Chez Cake Secret Resepi tapi mama malas mau ke bandar yg sesak betul dikala ini..
Tara....
Mula2, mama bancuhkan dahulu adunan coklat menggunakan resepi yg simple seperti dibawah ..
Bahan A
1 biji telor gred A
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cwn gula
1/2 cawan susu pekat (*ganti susu tepung formula jika ingin beri kepada bby 2yr)
1/2 cawan minyak masak
1 cwn tepung gandum**( saya pakai tepung blue key, so x perlu baking dan soda)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat**( jika pakai tepung gandum)
1 /2sudu kecil baking powder ** (jika pakai tepung gandum)
Bahan B
1/2 cwn air panas
cara2:-
- pecahkn telor kacau ngan senduk biar sebati..(tk perlu pukul)masukkn serbuk koko,gula,susu pekat ( ganti fm jika buat utk bby),kacau sebati...kemudian masukkn minyak masak gaul biar sebati...
- kemudian ayak tepung+soda+baking powder ( if guna tepung blue key so baking dan soda abaikan) n masukkan dlm adunan td...gaul sebati
- last sekali masukkn air panas...kacau smpai betul2 sebati..
- Last Sekali masukkan Olivenol Essence..( option utk mama dan kembar yg ada ekzema)
Ni pulak adunan chez yang mama ambil dari resepi
SMECC Lapis Chez pada N3 mama yg lalu..
Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)
* Last sekali untuk resepi kali ini, mama titiskan beberapa lagi Olivenol Essense.Blendkan sahaja semua bahan sehingga sebati..
Muka Chez yg siap mama blend dan sedia untuk mama kukus..
Pada N3 kali ni, mama menggunakan gadget kesukaan mama agar chez kek ini siap cepat, cepat dimakan..Ho..Ho...
Letakkan air dan acuan dioles dengan minyak masak agar adunan tidak melekat..Ala2 Tefal la ni..
Tutup dan tunggu air mendidih..
Masukkan adunan coklat separuh..
Kukuskan dalam masa 2 minit untuk ia masak..
* Masa ni kecilkan api bila telah letak adunan agar adunan itu tidak merekah..
Adunan yg masak dalam masa 2 minit..
Masukkan lagi lapisan adunan Chez..
Ni mama sengaja letak Blueberry Pie Filling ditengah untuk mendapatkan rasa yg lebih enak gitew..
Tutup dan kukuskan lagi dalm masa 2 minit..
Adunan yg siap dikukus..Comel saja sebiji-sebijikan..Tidak perlu potong segala..Ia terletak comel dan kemas..
* Untuk Cara mengangkat bahan2 dari gadget ini, sila gunakan sudu pengaut @ cedok nasi agar bentuk yg comel dikekalkan..
Ems..Pandangan Kek ini dari tepi..
Mama hias menggunakan freshcream dan buah-buahan yg availble dalam aisbuk mama tu..
Selamat mencuba..