Berehat Sebentar Bersama

Thursday, December 1, 2011

Borongkoh@ Lepat Pisang

Salam...

Kali ni aku buat borongkoh @ lepat pisang utk menghabiskan pisang setandan..

Tqvm to  Kasdia yg sudi mengajar buat dessert faverit daku..he..he..

Resepi ni sedap di buat dessert dan jika utk baby, pastikan bby anda berumur 1 tahun ke atas disebabkan ada penggunaan gula dan telur..


Mula, potong pisang, dimana ambil bahagian tepi, bahagian tengah akan dibuang ( seperti gmbr diatas)


Ni bahagian yg perlu di ambil..ketika ini aku menggunakan 3-4 sisir pisang yg ranum..


Masukkan telur, (masa ni aku menggunakan 6 biji telur)
# semakin byk telur semakin sedap..
masukkan gula..( aku letak 5 scop pencedok nasi)
jika mahu lebih/ kurang terpulang dr anda..



Saya menggunakan 1 biji santan pekat..


Masukkan dlm blander isi pisang dan santan sehingga takat penutup blander dan bland..


kacau rata..


Sediakan daun dimana hujung daun digunting..
saiz daun mcm buat pulut panggang
cuci daun
bakar sekejap atas api utk lembutkan daun
lap daun sebelum dibentuk



ni kayu utk buat bentuk..
ekceli aku dan kawanku kasdia tidak pandai buat bentuk, jadi kami jadikan ia alat bantuan utk membentuk
utk sesiapa terer buat nasi lemak, x perlu alat bantuan mcm kami ni..he..he..

Disini aku tunjukkan step by step..











Bila sudah terbentuk, bolehlah dimasukkan isi pisang yg diblander tadi..

bolehlah dikepilkan dengan pencucuk lidi..



Sedia utk dikukus selama lebih kurang 45-50 minit..


utk habiskan isi pisang, aku letak di loyang dan kukus di stimer elektrik..
so dalam masa 50 minit semua borongkoh siap dikukus..


Ni 1/2 masak di atas api, 
1/2 masak di stimer elektrik..
So,  semua masak serentak..



Hasil ketika siap dikukus..



Sedap dan lazat dimakan ketika sejuk..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...