Berehat Sebentar Bersama

Tuesday, May 17, 2011

Baby Led Weaning...siri 1


Mula2 baca pasal nie di kumpulan solid food dlm fb..o...kalo setakat ini mmg aku apply..cuma x sangka pula ianya adalah teknik kita sbgi parent utk galakkan anak sebagai penyuap sendiri..Dulu aku apply teknik nie utk uji motor kecil dan besar anak2 aku..he..he..mau test pandai ka inda ya kasi koordinasikan tgn ketika menyuap..?(masa tu x pengetahuan pun apa tu BLW)..CIKGU TETAP CIKGU kan, anak kecil pun aku uji..ha..ha..

Jawapannya...treng...memang pandai...Tapi teknik nie susah apply kalo kita tinggal dgn parent atau MIL..tau la, urg dulu2 mesti suap ank, tidak mau durg rumah kita berhambur...ha..ha..Awas!!!! Sesiapa yg apply BLW nie mesti tahan hati tgk lantai rumah (dapur) melekit...

Makan sendiri...

Apabila si manja anda berusia lebih kurang 9 bulan, dia biasanya telah mempunyai koordinasi yang diperlukan untuk mengambil makanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya – pegangan sepit (pincer grasp). Pada peringkat ini, bayi sepatutnya telah biasa dengan makanan seperti bijirin nasi dan daging atau sayuran puri. Anda boleh terus menggalakkannya dengan memberi finger food seperti potongan kecil betik atau pisang yang boleh dipegang dengan jarinya dan dimakan sendiri. Anda juga boleh memberikannya sudu bayi supaya dia dapat belajar memegang atau bermain dengan sudu walaupun belum pandai menyuap dirinya.
Berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda memperkenal dan menggalakkan si manja anda menggunakan sudu dan garpu:
  • Perhatikan petandanya. Jika si manja anda boleh memegang makanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya, maka dia mungkin sudah bersedia untuk menggunakan sudu. Ramai kanak-kanak mula menunjukkan minat untuk menyuap sendiri sekitar usia 9 dan 14 bulan.
  • Melekitnya! Berikan makanan yang separa melekit seperti keledek lecek yang tidak mudah jatuh daripada sudu. Ini meningkatkan kejayaan si manja anda untuk menyuap sendiri. Makanan yang mudah jatuh daripada sudu mungkin menyebabkan bayi putus asa.
  • Puji usaha si manja anda. Bina keyakinan si manja anda dengan memuji percubaannya menggunakan sudu. Gunakan komen yang boleh menggalakkan kemajuan si manja anda seperti, “Wah! Pandainya anak mama menggunakan sudu.”
  • Jangan paksa. Jangan paksa si manja anda jika dia masih belum bersedia. Ketepikan sudu dan cuba semula dalam beberapa minggu lagi.
  • Jadilah teladan yang baik. Bayi sering memerhatikan bagaimana anda menggunakan perkakas makan anda. Oleh itu, gunakannya secara betul.
  • Jangan marah jika tempat menjadi kotor. Adalah menjadi kebiasaan jika tempat makan menjadi amat kotor apabila anak anda belajar menyuap diri. Letakkan lapik lantai di bawah kerusi tinggi bayi untuk mengurangkan kerja kebersihan. Gunakan alas dada bayi agar bajunya tidak kotor.

Gunakan perkakas makan yang betul!
  • Dapatkan sudu khusus untuk kanak kanak bertatih yang mempunyai pemegang pendek serta senang dipegang, pinggan berpinggir getah yang tidak mudah bergerak dan alas dada bayi yang sesuai.
  • Perkenalkan cawan sedut yang diisi air atau susu apabila si manja anda menghampiri usia setahun. Apabila bayi memegang cawan dengan kedua-dua belah tangannya, ia akan menggalakkan perkembangan kemahiran motor dan juga penyuapan sendiri.
  • Perkakas yang mudah digunakan akan menggalakkan kejayaan penyuapan sendiri.
  • Perkakas makan yang digunakan perlulah bebas plumbum, bebas PVC dan bebas BPA.


Nie antara yg memang dr Ipan aku praktikkan..masuk jak 6 bulan, mesti buang duit beli trainning Cup..Alasan dgn lakiku supaya anak pandai minum di gelas..ha..ha...


Laki aku pun tanya, "kenapa mesti jua ko beli Avent?"..Jawapan aku " ni jak yg BPA free"..ha..ha...aku tipu jak cakap mcm tu..padahal byk lg brand lain yg BPA Free..saja2..Cute2 ba kalo Avent..ha..ha..


Tiap seorang bagi CalsiYum...Semua praktik BLW..Akibatnya, rumah berantakan...MY Bby paling suka ni CalsiYum..Sedap dan berkhasiat...


Eiman makan ubi sbb bapanya bawa 1 karung dari kebun..good job Eiman!! Memang sah ko anak urg kebun, ubi pun minta ampun kamu kerjain...ho..ho



Nie la hasil BLW..sampai depan TV pun durang hambur makanan..



C kembar ketika Bday..Biar anak sendiri pilih ya kalo mau apply BLW..Kita perhatikan 


la..takut2 tercekik nanti..



BLW ketika makan di restauran..ha..ha..sesiapa berani kena jeling tokey, ikutla mcm aku..


Manja paling gembira time nie..Masa nie aku orderkan anak2 aku roti telur..Habis lantai 


restauran..Tp lupa pula snap gmbr time tue..lampau bz urus durg jak..



Nie la hasil produk pertama ku apply BLW..

Kini si kembar jd mangsa BLW 2nd Batch..

Gunakan
  • Gunakan perkakas makan yang betul!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...