Berehat Sebentar Bersama

Sunday, April 18, 2021

Ayam Masak Likku . Simple, Sedap & Konform jadiπŸ’œπŸ’ž




Assalamualaikum..Hari ni niat mau kongsikan untuk sesiapa yang suka makan ayam masak likku tapi tidak pernah try tapi mau rasa konform sedap dan jadi..Sempena 3 tahun tidak pernah pun updatekan blog ni, hari ni saja up date seringkas yang mungkin.Moga bermanfaat..


 
Mula-mula tumiskan 3 rempah sekawan, serai dititik dan bawang putih dan merah yang sudah di tumbuk halus..Sampai naik bau ya....




Sudah naik bau tu, kamu sumbat saja serbuk lengkuas readymade yang beli dipasar tu..sukatan???suka2 mau berapa..mau banyak pun ok lagi rasa lengkuasnya...sedikit serbuk kunyit...tumis lagi sekejap.

 

Ini rahsia resepi mama beza dari likku tradisional Bugis..mama sumbat daun limau purut dan daun kunyit tu mama simpulkan masuk dalam tumisan lengkuas tadi.

 

Next kamu letak ayam yang kamu mahu masak tu..Masa ni mama masak dalam 2kg sebab anak yang ramai kan..


Gaulkan rata-rata, seterusnya masukkan air asam jawa..Kalau tiada asam keping pun ok juga.Perasakan bersama sedikit gula, garam dam ajinamoto kalau mau..Mahu sedap lagi sedap tambah sedikit serbuk secukup rasa...


Bila ayam sudah separuh masak, masukkan santan sampai separuh dari kuantiti ayam..Kalau mama jenis suka berkuah banyak dan sapaknya tu banyak..so memang banyak lah sumbat tu santan.
Bila ayam sudah betul2 masak, Last step paling penting masukkan KERISIK..Kerisik ni makin banyak makin sedap lah ayam masak likku versi mudah dan konporm sedap ni..Selamat mencuba
 




Saturday, December 1, 2018

2018.. Stay Positive VibesπŸ’™❤😍πŸ’ͺ

Assalamualaikum...hampir 2 tahun lebih tidak up datekan blog..Di hujung tahun 2018 ni mama Ipan lebih utamakan positive vibes..kurangkan stress pikir benda yg belum pasti..Doa yg baik2..banyakkan bersedekah...kurangkan serabut..lebih banyak peruntukan masa untuk diri...dan alhamdulilah diri semakin sihat dari yang dulu...    Irfan pun suda mau naik darjah 4, kembar besar mau naik darjah 3 dan kembar kecil mau masuktadika suda tahun depan...sekejap kan masa berlalu..


Ni gambar kenangan raya 2018..Besar sudah anak2 mama..
mama dan bapa Ipan raya 2018..
mama dan adik beradik emergency ke Labuan sebab kazen meninggal ..Moga Allah tempatkan arwah di tempat oang yang solehah...amin...
Besday bff mama cikgu Menik...
bff dari zaman sekolah menengah mama..babuk ase..

majlis perkhawinan classmate mama di Kuhara cikgu Andi..

'me time' geng babuk gojes ke kehel...haaahaaa...

aktiviti menyambut kedatangan cikgu2 dari Semporna..Lawatan Penanda Aras

terdampar kami di L.A Hotel sebab ndak jadi tengok wayang...

Mapec 2018 dan hari teakhir Pk 1 sekolah kami sebelum pencen...Ni mama bersama AJK makanan.

muka happy landing di kehel..Belum ke Korea ar..lagi beseri kali muka kami...haaahaa
jamuan akhir tahun 6

'me time' bersama geng bawang sekolah...wakaakaa

 Tq semua kawan2 yang menyerikan 2018 mama...

Sunday, December 6, 2015

Latihan Motor Halus ( Menekan Pin )



Assalamualaikum dan salam manis semua..Hari ni mama kurang produksi sikit..lutut sudah mula berdenyut..entah silap makan dimana..atau aku yg byk makan ????haaahaaaa...
Kali ni mama mau abadikan kenangan OT mama sama si Eidlan..



Mengguna teraputi dan pin...satu aktiviti yang senang dan menyeronokkan bagi anak2 bermasalah motor halus mcm durg ni..



Objektif :


  • Meningkatkan kawalan tangan
  • Meningkatkan koordinasi mata dan tangan
  • Meningkatkan kemahiran pegangan yg betul kepada jari2
  • Meningkatkan kekuatan tangan
Pelaksanaan

  1.  perkenalkan dan tunjukkan cara memegang pakuntekanndengan pegangan 2 jari kemudian tekan ke atas tanh liat atau terapati..
  2. minta anak2 meniru  yg telah dibuat
  3. lakukan aktiviti 10 minit
Pemeringkatan

  • Gunakan lebih banyak paku tekan ataugantikan dengan menggunakan lidi yang berwarna warni
  • tambah tempoh aktivit

Selamat Ber OT dari rumah..Kejayaan tidak akan datang bergolek..Mama cuba sepositif yang mungkin..Mama yakin satu hari nanti kamu akan berjaya..lup u until jannah...

Friday, December 4, 2015

Latihan Motor Halus ( Geoboard dan Gelang Getah)


Asalamualaikum dan salam manis semua..Di cuti yang pajang kali ni mama ada sedikit masa nak ber ot dan ber st dirumah...Biar tidak mengajar apa2 pun hari ni, dapat melakukan 1 aktiviti OT dan 1 aktiviti ST pun jadilah...Kali ni mama berkongsi DIY yang mampu milik..RM2.05 sebiji...murahkan...mama beli di fanika setelah terapis durang yg cadangkan mama beli..Balik saja dari OT terus ke fanika beli 6 biji unutk aktiviti durang adik beradik..Sambil dapat melatihkan otot jari, sambil kita ST durang..ajar bentuk dan warna...perkembangkan kepada ayat baru seperti...BIG TRIANGLE, SMALL SQUARE, TWO RECTANGLE dan sebagainya...


Nampak kah durang tengak explore jari jemari disana???


Eiman agak lemah pada aktitviti ini..Tapi pada masa yang sama dia bercerita mengenai bentuk2 tersebut..So kira ST berjaya pada dia..Jangan pandang pada kegagalan yg kita lihat, pandanglah pada sudut positif yang lain..Hari lain kita boleh cuba lagi..


Objektif :


  • Meningkatkan kawalan tangan
  • Meningkatkan koordinasi mata dan tangan
  • Meningkatkan kemahiran pegangan yg betul kepada jari2
  • Meningkatkan kekuatan tangan
Pelaksanaan

  1.  perkenalkan dan tunjukkan cara meregang getah dan melekatkan getah atas papan geo
  2. minta anak2 meniru bentuk yg telah dibuat
  3. lakukan aktiviti 10 minit
Pemeringkatan

  • Gunakan getah yg kecil dan nipis permulaan kemudian kepada getah yg lebih tebal dan panjang
  • tambah tempoh aktivit



Thursday, December 3, 2015

Latihan Motor Halus ( Tali Dan Lubang )





Asalamualaikun dan selamat pagi semua..Pagi ni mama mulakan aktiviti dengan melatih lagi motor halus melaui lacing activities,,,mama tebuk sahaja board yang foc mama dapat dari seminar Autisme hari tu..Beli saja tali berwarna..suruh durang menjahit hingga habis..kebaikan aktiviti ini ialah


  • Meningkatkan kekuatan otot di jari
  • Meningkatkan koordinasi kedua2 belah tangan
  • meningkatkan koordinasi mata dan tangan
Pemeringkatan 

  • Pelbagaikan bentuk kad yg digunakan
  • Tambahkan bilangan lubang pada papan yg digunakan
  • Tambah tempoh masa aktiviti

Saturday, November 28, 2015

Sup Tenggiri Baby







Salam manis...salam hari sabtu..ha..ha..sekejap saja cuti sekolah sudah berlalu seminggu hari ni..Blog pun lama sudah bersawang..Seminggu ni mama sibuk buat alat2 homeschooling anak2 soleh dalam rumah ni..Alhamdulilah, Allah bagi kesihatan dan kekuatan menyiapkan 90 % bahan2 tersebut..Nanti mama share di lain entri ok..

Ni ada lah resepi dah hampir sebulan kembar kecik makan..Ni paling durang suka..Selain ini lah ikan yang durang tidak alergic berbanding ikan2 yang lain..Resepi campak yang sangat senang ni, mama buat sebagai menjimatkan tenaga mama yg memang malas dan makin sibuk..Sumbat segala sayur-sayuran dan kentang dalam sup ikan..ha...haaa....

Bahan2 :
* ikan tenggiri 4 potong
*bawang putih, halia dan merah dihiris, rempah 4 sekawan @ sup bunjut
*lobak, brocoli, bunga kobis, kentang, tomato yang di hiris ikut kesukaan anda.
* celery untuk dapatkan rasa masin semulajadi ataupun serbuk ikan bilis yang dikisar setelah disangai.

Cara2:

* Tumis bawang dan halia dan rempah 4 sekawan hingga naik bau ( mama prefer tumis mengunakan organic VCO)
*masukkan air dan biar mendidih
*masukkan lobak dan kentang .Biar hingga agak lembut sikit
* masukkan ikan, sayur2an dan tomato berserta perasa homemade seperti ikan bilis sangai ataupun celery..siap dihidangkan bersama nasi lembut ataupun bubur bertekstur kasar mengikut perkembangan anak anda...

Monday, October 26, 2015

Bengkel Permata Kurnia Dan Sinar Harapanku

Assalamualaikum dan salam manis...Hari ni ekceli mau ke bandar membeli beberapa alat homeskoling budak2 ni..Sebelum tu nak kongsikan beberapa gambar yang mama ambil ketika mengikuti bengkel anjuran permata kurnia bagi ibu bapa autisme....Alhamdulilah..dapat la mama mencari semnagat yang telah lama terkubur...kuat hati..mama mencari sinar disebalik kegelapan di siang hari...


Sampai saja jam 8.30 pagi mama terus ambil gambar bukti mama hadir ke bengkel Permata Kurnia yang julung kalinya di adakan di Sabah.


Sepanjang hari pertama ni kami banyak didedahkan beberapa teknik nak ajar budak2 autisme dan bermasalah pembelajaran cara bergambar..sebab kebanyakkan mereka adalah visual learner.


Ni adalah alat yang kami harus lakukan untuk aktiviti 2 prtang..Rasa tidak percaya dapat buat 5 ABM dalam masa 2 jam...haa.haaaa...Yang bestnya semua free ..bawak balik rumah dan boleh train ank2 di rumah nanti


Buku2 yang sangat membantu ibu bapa dan guru ..
Disini mereka menjual harga buku ini pada harga yang berpatutan..


  
letak depan tandas..budak2 akan perhatikan dan belajar melalui visual..


Penggunaan token board untuk mengajar budak2 lebih berdisplin dan erti sabar..
Yang bestnya, bila token dah penuh, mereka akan dapat rewards yang mereka pilih..




Semua tekun buat ABM...Doktor2 muda depan mama tu semangat tau...hiihiii


Badan2 NGO yang turut serta..


Bersama ABM mama buat pada hari pertama..

Hari seterusnya pula, kami buat beberapa lagi ABM yang memudahkan kanak2 berlatih dan bermain di rumah..Kiranya ni bolehlah mama kembangkan sebagai alat mama berhomeskoling nanti..Senang dan murah sangat..



  ABM ni sesuai untuk pengukuhan pembacaan anak2 nanti..
sesuai untuk anak2 yang telah mula membaca..Ipan dan kembar happy saja buat benda ni time mama balik dari seminar



Disini pula latihan mematcingkan huruf2..selain melatih fine motor skill ank mama iman yang sangat weak..


Latihan mengira..sambil kira sambil mama buat speech theraphy..ajar kira, ajar vocab, ajar warna sekali gus..ni pun satu kaedah untuk melatih fine motor skill Eiman..



Latihan menyurih..INi sesuai sangat untuk iman yang menpunyai masalah fine motorskill..
NI pun kami diberi dan dilaminatekan sekali..ertinya boleh pakai berkali2 kannnn...


ABM seterusnya pun best..budak2 akan memasukkan ikut bilangan dot ke dalam poket2 bernombor tersebut..Disini Eiman dan Eidlan ada masalah memasukkan kad tadi..Its ok..kita akan berlatih lagi ya...Lepas ni kita akan lebih bersemangat nak buat ABM durang ni..Harap2 mama diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan mama hingga ke nafas mama yang terakhir inshallah...Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...