Berehat Sebentar Bersama

Tuesday, May 8, 2012

Tutorial Homemade Sos Tomato Baby

Salam.

Ni siri ke berapa buat sos baby ni..tidak ingat lah..

( Sos ini biasanya digunakan utk buat kuah pasta baby, buat paste piza baby, buat 'lada' utk ayam masak tomato dll )

Saja tunjuk step by step sbb ada momi telefon mintak tunjukkan..

Ekceli Farah Rahim ada buat N3 khas tutorial buat homemade bby sos ni..

Tidak apa, biar mama ulang tayang ya..


Belah 'X' di belakang tomato..


Ni sekg tomato yg mama dah cuci dan belahkan 'X'..


Rebuskan di air yg mendidih semua tomato yg mama ada..


Bila dah masak, kulit  tomato akan automatik terkupas, silalah angkat..


Kita snap dekat sikit..


Cuma perlu tarik kulit dari isi yg tersedia terkupas tadi..


Ok..

Sedia utk kita blend..



Tapiskan puree tomato itu untuk mengelakkan biji tomato yg tidak diperlukan..


Ni puree tomato yg siap di tapis..


Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama jintan manis..dan kayu manis..

( Tumis menggunakan pure olive oil/ minyak jagung/ unsalted butter)


Bila dah naik bau, masukkan tomato puree


Tanak hingga pekat..
Untuk mendapatkan rasa manis, boleh letak puree kurma utk anak 2 tahun kebawah..


 Tara..Ni sos tomato baby yg mama sedia untuk frozenkan..


Selamat mencuba!!

Monday, May 7, 2012

Molasses Sugar vs Gula Putih

Salam..

Oleh kerana kebanyakan N3 mama menyatakan mama guna molasses sugar..So kali ni mama mau beri gambar molasses yg mama pakai selama ni..

Memandangkan twin telah menjangkau umur 2tahun, so mama dah boleh tambah gula dlm resepi durg kan..Tapi mestilah mengikut sukatan yg minimum..

Alang2 intro gula, mama gunalah gula organic utk anak2 mama..Sekali mama tumpanglah tu..



1 kg..


Perbezaan Gula Organik & Gula Putih
Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya. 

Gula Semulajadi
Selain itu, terdapat juga gula dari sumber semulajadi yang lain seperti fruktos (di dalam buah-buahan), laktosa (susu), maltosa (dalam makanan seperti oat, jagung dan lain-lain). Ia mempunyai faedah yang baik dalam bentuk nutrien. 

Gula Perang
Terdapat juga gula perang (brown sugar) yang banyak terjual di pasaraya. Gula perang tidak mempunyai apa-apa faedah kepada manusia, malah ia sama bahaya seperti gula putih. Ia diproses (refined) terlebih dahulu, kemudian dicampur semula dengan sedikit molasses untuk menjadikan warnanya perang semula. 

Untuk mengenali gula organik dan gula perang adalah sangat mudah. Anda hanya cium baunya, gula organik mempunyai aroma seperti bau nira tebu atau kelapa manakala gula perang tidak mempunyai aroma. Gula tebu organik biasanya diimport dari luar negara. Paraguay adalah pengeksport terbesar gula tebu organik. Filipina juga ada mengeluarkan gula organik. Walaupun harganya agak mahal dari gula putih, gambar pertama di atas menunjukkan kuantiti yang saya gunakan untuk stok yang boleh bertahan selama lebih sebulan. Terdapat 3 peket dan 1 botol gula organik di dalam gambar, jumlah perbelanjaan untuk stok tersebut tidak sampai tiga puluh ringgit. Jika harga sepeket 1kg sekitar RM6 ~ RM6.50, sebulan saya hanya perlu belanjakan hanya RM26 untuk kesihatan dan kelazatan minuman di rumah. Jika dahulu, saya hanya belanjakan RM6 untuk 4 peket gula putih, tetapi kini saya sedar, sebenarnya saya membayar harga kesihatan saya dengan harga yang begitu murah untuk mengundang penyakit diabetes. Sekali penyakit itu datang, anda perlu membayar kos untuk suntikan insulin setiap hari, berulang-alik ke hospital untuk pemeriksaan berjadual, kadang-kadang terpaksa bermalam di hospital sehingga doktor memberi kebenaran untuk pulang, makan pula ubat-ubatan yang diberi oleh doktor sampai bila pun boleh sembuh, hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau nasib anda tidak baik, mungkin akan kehilangan sebahagian anggota tubuh sebab dipotong. Itulah kos yang sebenarnya jika anda menggunakan gula putih, bukan RM6 untuk 4 peket.


Sumber : http://thesecretmedicines.blogspot.com

Sunday, May 6, 2012

SMECC Lapis Chez

Salam..

Sempena cuti Sabtu dan Ahad, mama hape..

Susah ba mau cuti sudah sabtu..mcm dpt loteri...

Project Mega minggu ni buat SMECC lapis Chez..

SMECC (Super Moist Eggless Choc Cake) ni mama pernah buat di entry lepas..

Sila baca SINI utk resepi penuh..

Utk mendapatkan kek SMECC Lapis Chez, mama tapau resepi dari blogger hebat..Rahel yg santik o..

Makasih ya Rahel sebab sudi kongsi resepi hebat ni..Mama bagi 5 bintang!!

Kek ni mama pilih sebab byk alasan..

1....Tiada penggunaan telur..( sangat baik utk anak2 mama yg ada ekzema)

( Untuk momies yg mau buat kek ni utk Bday anak, kek ini boleh diberikan utk anak umur 2 tahun ke atas sbb ada penggunaan gula..)

2..Mudah..( guna sudu pon jadi..sbb mama tiada mixer..>.< )

3 ..Jimat..( sebab kukus saja..mama kukus didandangan soja..)

4..Pilihan Sihat..( penggunaan minyak jagung dan gula perang yg mama ganti guna molasses organic sugar)


Tara!!

Memang rasa hebat dan maveles..Semua anak suka makan..


Mama hanya gunakan handblander utk blend chez dan freshcream..
So utk momies yg ada handblander..Jangan sia-siakan handblander puree baby anda..


Pengunaan dandangan utk masak nasi kukus kembar mama gunakan utk kukus kek..

Jimat..Sesiapa tiada kukusan, beli jak dandangan sederhana ni, boleh kukus nasi, boleh buat kek, boleh kukus kelupis, buras,kukus buah2an utk buat puree baby, kukus apam, pau..dll..

Dengan harga cuma RM20, ia sangat berbaloi...

Alamak..Sori..Beri laluan sekejap kepada iklan tidak berbayar ini..Ho..ho..


Mama tutup supaya air tidak menitis ke kek..
( tu lampin bersih ba..inda / tidak pernah pakai tu..Khas tutup kukusan saja..)


Isi yg sangat lembut tau..


Sori..Mama tidak pandai hias kek..mama sumbat2 saja tu freshcream..yg penting ada rupa 'kek'..


Semua org Gembira Sakan tau..


Selamat Berhujung minggu!!!

Friday, May 4, 2012

Muffin Labu Super Lembut...

Salam Jumaat Yang Berkat...

Kali ni mama rajin sebab besuk cuti..

Mama ada beli labu..So buatlah Muffin Labu..

Resepi ni mama salin di keratan akhbar..Lupa apa ya nama dia??

Kita saksikan dulu hasilnya..

Tara..

( Resepi ni sesuai utk 2 tahun ke atas..Sbb ada pengunaan gula..)

( Variasi utk anak yg tengah demam..Labu penawar yg mujarab!!!)


Sangat lembut tau..Macam kek labu pun ada..


Mama blendkan labu yg sudah mama rebus..
( Saja mau tayang handblander puree mama yg baru..yg lama Braun sudah kong..)


Satukan bahan kering dlm plastik, goncang2 sikit..
Bahan2 :
*250 g tepung gandum
*1 sk baking powder
* 1sk soda Bicarbonate
*1/2 sk Cinamon




Masukkan 250g brown sugar..( mama guna organic molasses sugar) + 2 biji telur
Saja sebab Twin sudah cecah umur 2 tahun 1bulan..So mau intro gula, biarlah gula yg sihat sikit..



Masukkan 1 cwn minyak jagung..


+ 1cwn Puree Labu..



Bila semua bahan basah dah di gaul sebati, masukkan bahan kering dari plastik tu..


Ipan tolong mama..




Gaul asal2 saja..Jgn overmix..

Bakar ikut suhu oven masing2 ya..Biasanya bakar pada suhu 170 darjah..


Sangat lembut..


Ipan trip2 potong kek Bday..



My Eiman..makan atas kereta..


Manja tayang Muffin Labu..

Selamat mencuba!!

Wednesday, May 2, 2012

Naga Lassi & Puding Oat Naga

Salam...

N3 kali ni buat resepi mama Maryam..

Puding oat yg mama guna pisang dan Dragon Fruits a.k.a Buah Naga

Tara...



Mula2, mama blend buah Naga bersama yogurt dan sedikit susu segar..


Naga Lassi..Sedia utk diminum..

Segelas ni kongsi adik beradik ya..

Kelas ko wiwin..minum petang guna naga lassi..


Organic Rolled Oat ni mama blend halus sbb Twin tidak suka makan yg tekstur kasar...


Sedikit lebihan Naga lassi, oat, susu segar , sebiji telur , pisang dan buah naga yg akan mama dadukan sebagai hiasan atas puding..

Campur saja semua bahan..
* 1biji telur
* 1/4 cawan naga lassi @ yogurt plain pon boleh..
*1/2 cawan air masak ( + 1/4 cawan air lagi jika mahu puding lembek mcm wiwin punya ni..)
*1/4 cawan rolled oat
* buah apa2 saja utk hiasan..


Sedia utk dikukus selama 15 minit..




Eiman..


Manja...

Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...