Berehat Sebentar Bersama

Monday, April 29, 2013

C for Caterpillar

Salam manis di hari Senin..he..he..kali ni mama punya N3 pasal homeschooling yang baru mama belajar sikit dari blog-blog yg sharing pasal aktiviti homeschooling anak2 mereka..Antara yang mama suka baca ialah MamaHomeschool dan Mama Ash..Terima kasih sebab sudi berkongsi ilmu ini..



Kali ni mama buat aktiviti yang mama belajar dr blog mamahomeschool..iaitu membuat caterpillar dari kotak telur..Satu aktiviti yang membuatkan Ipan hape betul..Lagipon memang di rumah ni ada warna air yang dihadiahkan oleh adik mama..Lama sudah disimpan dan kali ni pakai hari2 utk aktiviti homeschooling Ipan dan Kembar..Lengkap dengan pakaian sekali ..Tq to Mama Amoi..




Ipan mewarna sambil menyebut satu per satu warna yang dipakainya..


Disini mama ajar Ipan mengenai ejaan C for Caterpillar..

3 ekor caterpillar ni, mama gunting ikut pendek, sederhana dan panjang..

Melalui 3 caterpillar, mama ajar Ipan mengenai long, longer dan longest..

Dan Ipan masa buat caterpillar, dia sendiri beri tahu mama yang ni mata, telinga dan hidung dalam BI dan BM..Kira 1 projek mama gabungjalinkan beberapa matapelajaran..Nampak ia mudah namun beri satu impak yang besar untuk pengetahuan mereka..

Selamat Berhomeschooling!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...