Berehat Sebentar Bersama

Tuesday, March 6, 2012

Cara Alternatif Masak Bubur Siri 2


Salam..

Lama sudah mau share cara masak bubur dikala lupa masak..dikala 'RAJIN'  menjelma..di kala waktu emergency anak tidak mahu mknan yg telah disediakan..

Caranya mudah sahaja..

Cuma syarat utama dikala itu ada nasi dalam periuk..( ala nasi yg kita mamam tu..)


Masa ni mama ada masak sup ayam..So mama ambil kuah, isi ayam dan sayuran dlm sup..ambil 2 senduk nasi dan panaskan nasi itu bersama kuah sup hingga ia kembang menjadi bubur!!!


Bila dan kembang jadi bubur, mama blend macam biasa..

Result?? Twin Eiman mkn habis..

( Pada ketika ini Eiman reject nasi, roti canai + kuah dhal, nasi goreng dan ini adalh resepi ke 4 yg mama cuba dalam hari itu!!)


Bubur sebelah tu adalah hasil 'kerajinan ' semalam bila Eiman reject makan nasi..

Apa yg mama buat??

* masukkan air masak,beberapa keping ikan bilis yg bersih dan hirisan bwg putih dan didihkan..
* Bila air dah mendidih, masukkan labu dipotong dadu dan biar ia mengelegak..
* Last sekali mama masukan 2 sudu nasi yang memang sentiasa ada dalam periuk..
* bila nasi dah jadi bubur, blend seperti biasa...

Nasi Goreng Sebelah tu Twin Manja yg punya!!

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...