Berehat Sebentar Bersama

Saturday, September 29, 2012

Redeemtion Dari Parkson


Salam.. Ini hasil titik peluh saya menggumpul semua point dari maybank card dan bonus link yang saya redeem masa lepas raya lalu di Parkson..


Ni untuk mencanai roti si kembar..


Tambah koleksi vision sedia ada untuk memasak sup kembar..

Friday, September 21, 2012

Kek Durian Segera


Salam Jumaat..Salam Barakha..Kali ni saya ingin berkongsi buat kek durian segera..Ni ambil resepi dari cikgu Hamidah Hamzah @ cek Dang..Makasih atas resepi yang best ini..Oleh kerana tajuknya ialah 'SEGERA' , maka sponge kek saya beli saja di bakery.
( masih sakit lutut dan pinggang ni tapi masi ada nafsu makan kek durian okey..)
Jadi saya cuma perlu buat topping duriannya.. @_@



Mula-mula ambil isi durian dan tuang 1/2 tin susu sejat..
Tanak secara api perlahan diatas kuali sehingga ia agak pekat..
Jika anda ingin manis, bolehlah tambah sikit gula custor, namun saya tidak letak sebab isi durian ini sudah cukup manis..


Bila sudah agak pekat, blend hingga halus..Nasib ada handblander si kembar, senang kerja saya dimana saya blend terus saja dalam kuali!!!
( ketika ini, boleh letak sedikit demi sedikit lagi sisa susu sejat tadi)
Ho..Ho... Memang mamak pemalas tahap dewa ni..


Tanakkkan kembali di atas api perlahan lagi..Tunggu hingga susu sejat tadi masak dan agak likat sedikit ..

Jadilah ia puree Durian untuk kek durian..


Ini rupa fresh cream yang telah saya putar dan saya mix dengan puree Durian tadi yang dikaupkan secara rata..
* petua fresh cream ini, jika 1mangkuk fresh cream putar, 1/2 mangkuk puree Durian tadi..Ini untuk mendapatkan rasa durian dan rasa freshcream yang seimbang dan mantop*

# Jika ada lebih puree Durian itu, anda bolehlah bekukan didalam frezer untuk kegunaan akan datang#


Rupa sponge kek yang dibelah tiga bahagian..


Setiap bahagian disapu dengan fresh cream + puree Durian tadi..


Tara...


Selamat Mencuba!!!

Thursday, September 20, 2012

Ketam Masak Merah Bertelur..

Salam ..Salam manis dan keindahan buat semua..Dikala saya masih menahan sakit lutut , punggung dan segalanya, diri masih menguatkan diri memasak makanan kegemaran suami..Ems..Rasa kesian melebihi segalanya dan takut kempunan pun ada, so terpaksalah menguatkan segala kudrat yang ada..

Tara...

Rasa Sedap jangan sebut, memang sedap dimakan dan sangat efektif menambahkan kolestrol dalam badan!! Ho..Ho...






Mulakan dengan menumis bawang putih, merah dan sedikit halia yg ditumbuk..


Setelah naik bau, masukkan cili boh dan masakkan ia sehingga naik minyak..


Bila cili boh telah naik minyaknya, silalah ambil sos cili dan tomato dan masakkan lagi bersama cili boh tadi..


Tambahkan sedikit air dan ketika ini bolehlah letak garam dan gula..


Masukkan ketam yang telah direbus dan dibersihkan..


Biarkan kuah betul-betul mendidih..


Masukkan telur..Kacau sedikit ketika ini..
* Kuantiti telur ikut suka hati , semakin banyak, semakin banyaklah rambu rambanya dan nampak lebih meyelerakan..


Siap untuk dihidang dengan nasi panas..

Selamat Mencuba!!!

Tuesday, September 18, 2012

Kek Snowy Chez Segera


Salam..Di hari cuti ni mama ada masa biarpun malas jangan disebut banyaknya..Tetiba dapat idea buat snowy chez segera disebabkan mama malas membake kebelakangan ini..Disamping mama mau menjimatkan duit setelah hampir 1 bulan lebih tiada gaji..He..he...mau order, paling murah pun boleh dapat dlm RM50...Adeh..Rm50 untuk masa genting ni sangat berharga okey...@_@

Dengan hanya bermodalkan Rm6.00 beli sponge chez kek di Lover Cake House, mama kikis semua cream chez dan cheddar chez dalam frezer..Hasil??? Tetap hebat dan maveles..Ems..Puji diri lah ba tu kan..Ho..Ho..


Mula-mula beli sponge chez cake..


Belah 3 bahagian...


Sapukan cream chez yang dibancuh disetiap lapisan

Bahan2 cream chez:
* 250g cream chez
* 1/2 tin kecil susu pekat
*4 sudu makan freshcream
# semua bahan blend bersama hingga sebati jak..Jap saja..dalam 1-2 minit..

Last sekali tampal saja disetiap sudut dan taburlah dengan cheddar chez yang disangat halus..


Tara..

Senang, cepat dan of coz maveles!!!

* Resepi ini tidak sesuai utk kanak-kanak..Ini sesuai untuk mama dan bapak kanak-kanak saja*

Selamat mencuba..

Sunday, September 16, 2012

Bila Rezeki Anak Datang...

Salam manis...Salam segalanya..Begitu lama tidak updatekan blog yg sudah bersawang...Em kesibukan kerja dan mengurus anak-anak membuatkan saya langsung tiada masa untuk menghadap lappy pun langsung..Bila bercerita mengenai rezeki, saya percaya Allah SWT itu sangat pemurah kepada hambaNya..Rezeki tidak datang hanya dalam bentuk wang ringgit, ia boleh dtg dengan byk cara dan keadaan..Saya percaya keikhlasan kita dalam tiap yg kita lakukan dan sentiasa bersihkan hati akan lebih memudahkan biarpun kekadang kita rasa berat dikala itu..Wa..Wa..bermadah mama O_O

Rezeki di akhir Syawal kali ni tersangatlah saya syukuri..Saya tidak lah dapat wang ringgit segala, tetapi pertolongan yg datang sangat membantu dalam hidup saya...Pertama kali saya  terharu bila ada individu yg sanggup mensponsor supplement yg baik utk anak-anak yg ada 'mild asthma'..Dalam tempoh 3 bulan mendapat 5 botol Efficass utk Eiman dan Eirfan tersangatlah membantu dengan mereka..Asma tidak kunjung tiba, batuk sanggat berkurangan dan apa yg sangat saya perasan ialah mereka langsung tidak demam sepanjang menggambil Efficass ini..Tidak banyak saya dapat huraikan kebaikan supplement ini sebab ia belum lagi rasmi 'dilancarkan' di Malaysia..I'Allah dalam bulan oktober nanti , ia akan dalam pasaran..Dengan harga yg kira 'mendebarkan' dada , saya sanggat bersyukur nama 2 org anak tersenarai dalam percubaan Efficass ..Namun jika pun Efficass telah ada dalam pasaran, bagi saya duit bukanlah segalanya jika dibandingkan dengan kesihatan anak keseluruhannya..

Dalam kesibukan hendak balik ke kampung tetiba dapat telefon ambil barang dari sebuah company penhantaran swasta suruh ambil 'barang'..Saya terkejut bila mendapat sebuah patung lembu yg comel yg saya idamkan ..Terima kasih sanggat kepada Moogoo Skincare yg sudi memberikan patung lembu yg comel dijadikan bahan perebutan antara Eiman dan Eirfan...ha...ha....( Ops ni bukan dapat macam tu saja tau, saya selalu order barangan MooGoo utk ekzema anak-anak saya, namun pemberian kupon tiap kali pembelian tidak dapat saya gunakan.Dengan keperihatinan yg tinggi, syarikat ni bermurah hati menggantikan sebuah patung utk anak-anak saya..Ia sungguh comel ...)


Comel...


TradeMark MooGoo tu yg mahal..

Undangan perkhawinan dan kesibukan melawat beberapa kawan baru melahirkan ketika hari raya menambahkan lagi 'kebizian' saya ketika cuti raya ..Namun tetap jua mancuri masa untuk menghadiri setiap majlis yg diundang..Apa yg menarik, bila saya mendapat cabutan bertuah ketika menghadirkan diri ke majlis perkhawinan adik kepada kawan saya..Sangat hape hokey..Tidak disangka, kehadiran di akhir waktu undangan sebab menunggu suami balik lewat dari kebun membawa tuah sebenarnya..Saya percaya Allah SWT perancang yg sangat baik atas satu dan sebab kejadian..Syukur sungguh..Saya dapat bekas Tupperware!!!Dengan warna yg cantik dan limited edition tau..ha..ha..Hape sangat sampai suami ketawakan...@_@




Memenangi satu peraduan masak yg ditaja oleh Olivenol Plus Malaysia ketika bulan Ramadhan baru-baru ni sangat saya hargai dan disambut rasa gembira dan terharu..Dengan pengalaman sakit kaki dan tulang yang amat sakit ketika bulan Jun lalu ( sebulan sakit dengan byk benda saya buat utk baik) adalah pengalaman yg ke 3 kali saya lalui..Dengan hanya menggambil olivenol essense, alhamdulillah kaki dan tulang belakang beransur hilang dalam tempoh 1 minggu penggambilan..Syukur dan saya berterima kasih dengan sumbangan 2 botol Olivenol Essense yg saya baru dapat sebentar tadi..Syukur ia datang disaat saya betul-betul memerlukan.Dikala ini kembar selsema dan adanya Olivenol dapatlah ia meng'up'kan antibodi mereka disamping ia baik utk pengawalan ekzema mereka..Ya Alllah, pemberian Mu adalah satu rahmat yg saya dapat..


Sekali lagi Allah Swt memudahkan saya jalan dan memberikan rezeki bila saya tidak sengaja membeli susu fm Eirfan..Bila masa mahu membayar, tetiba ingat kentang belum ditimbang lagi..Dengan keadaan saya yang terburu-buru, saya melewati tempat ayam untuk tujuan menimbang dan ada beberapa perempuan mempromote susu Infagrow..Dengan keheranan, saya ditegur oleh seorang promoter.." kakak, beli 3 tin dapat 1 beg "..WOW!!!.."Adik kakak sudah beli 3 tin di kaunter tadi..".."kakak bawa resit, kami bagi kakak beg.."...Alhamdulillah.Rezeki betul dibulan mulia ini...


Tara....
Syukur...Sesungguhnya rezeki yang Allah SWT berikan datang dalam pelbagai bentuk..
Selamat bertemu lagi di entry akan datang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...